Monday, March 16, 2009

Sokong Tok Guru, Jangan Dekati Tong Yang Busuk Itu!! ~ Ruj Malaysiakini



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) seperti yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Saya juga sependapat dengan Tok Guru, tidak perlu kerjasama dengan BN. Kenapa saya tak bersetuju PAS mahupun PR bekerjasama dengan BN? Saya tak bersetuju kerana:

i) BN terlalu banyak sejarah tipu helahnya, terlalu banyak jalan cerita negatif yang tercatat dalam lembaran sejarahnya. Dulu PAS pernah terpedaya semasa menganggotai BN, apakah PAS kini rela pisang berbuah dua kali?

ii) Rakyat melihat UMNO sebagai parti yang penuh elemen rasuah, jijik dan kotor. Sebab itulah kajian Merdeka Centre baru-baru ini mendapati hanya 19% sahaja orang Melayu yang masih percaya UMNO boleh memimpin negara! Ada yang berkata (saya tak suka sebut ini, tapi terpaksa sebut juga): UMNO/BN adalah seperti tong najis, sesiapa yang baik sekalipun jika memasuki parti itu atau berkawan dengan parti itu akan sama busuknya dengan tong najis itu sendiri. Mahukah PAS menjadi sebusuk tong najis?

iii) Jika PAS dan BN membentuk Kerajaan Campuran, bermakna suara orang Melayu hanya ada di bawah satu kepimpinan yang sama. Ia mungkin memperkuatkan suara Melayu, tetapi adakah ia membantu memperkuatkan suara Islam? Apakah UMNO yang jarang bersimpati dengan dasar Islam itu akan sanggup berpusing 360 darjah kerana di sebelahnya ada rakan bergelar PAS? Atau PAS pula yang terhegeh-hegeh terpaksa memohon simpati UMNO demi menegakkan Islam? Di dalam komponen BN sendiri ada 14 parti - kebanyakannya bukan parti berteraskan Islam, adakah UMNO akan lebih tertarik kepada komponennya yang telah lama bergabung dalamnya atau kepada PAS yang mempunyai dasar yang sama sekali berbeza dengan komponen BN?

Mungkin ada yang melihat pembentukan kerajaan campuran dari segi apa yang digelar 'perpaduan Melayu'. Tetapi bagi kebanyakan Melayu, yang bukan 19% Melayu yang menyokong kepimpinan UMNO seperti dalam kajian Merdeka Centre, mereka pasti lebih takut akan kehilangan Islam dari kehilangan perpaduan Melayu.

Oleh itu pemimpin PAS perlu berhati-hati: jangan pisang berbuah dua kali dan jangan juga cuba mengambil risiko dengan mendekati tong kotor itu, dikhuatiri nanti kebusukannya akan terpalit di wajah sendiri.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.