Friday, March 13, 2009

Tahniah EXCO Selangor Kerana Menjunjung Titah Duli Tuanku!!


Tiba-tiba saja talian web Kerajaan Negeri Selangor (www.selangor.gov.my) menjadi sesak. Saya sudah dua kali cuba mencapainya tetapi lambat sangat hingga akhirnya niat untuk meneruskan capaian dibatalkan. Kesibukan itu mungkin gara-gara peminat yang ingin mengetahui aset EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa kesemua ahli Exco negeri itu mengisytiharkan aset masing-masing secepat mungkin dalam usaha memastikan kerajaan yang bersih dan telus. Dan hari ini gesaan Sultan itu disambut oleh semua EXCO dengan memaparkannya dalam web Kerajaan Negeri.

Tahniah, barisan EXCO Selangor yang menjunjung titah duli Tuanku dengan begitu segera!


Walaupun tidak dapat mencapai web Kerajaan Negeri, namun kedudukan aset EXCO Kerajaan Negeri Selangor boleh dilihat di dalam star online, seperti berikut:

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, pendapatan bulanan RM32,830.67, manakala bayaran bulanan yang ditanggungnya adalah RM2,246.92.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohd Ali memperoleh pendapatan RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan sebanyak RM12,781.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan, Yaakob Sapari memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM1,598.99.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail memperoleh pendapatan RM18,122.08 dengan jumlah tanggungan RM3,830.25.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,270.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM7,238.50.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,527.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memperoleh RM20,722.08 dengan jumlah tanggungan RM4,657.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,000.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong memperoleh RM23,222.08 dengan tanggungan RM2721.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.