Friday, March 13, 2009

Tahniah Khir Toyo Kerana Lulus Ujian Menjadi Samseng!!


Saya tidak tahu nak kata apa bila membaca berita dari sumber Harakahdaily ini. Nak tergelak ada, nak tabik pun ada. Rasa nak tergelak dengan perangai samseng Khir Toyo, rasa nak tabik dengan keberanian Saari Sungib.


Baca berita ini hingga ke penghujung:

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.

Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Khir Toyo.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. You jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Apa anda rasa selepas membaca berita di atas? Ada rasa nak tergelak dengan perangai Dato' Seri yang yakin dapat menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO itu?

Salah satu syarat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO ialah perlu tunjukkan diri agak samseng kepada perwakilan. Macam Hishammuddin itu, walaupun suara lembik, tapi selalu cuba bersungguh-sungguh menampakkan diri sebagai samseng kerana dia mengetuai sayap parti yang berwajah samseng. Dan apabila doktor gigi bernama Khir Toyo itu menarik janggut Saari Sungib, maka sempurnalah sebuah rupa samseng yang menempel wajah tidak kacak Khir Toyo. Lalu layaklah dia menjadi calon Ketua Pemuda, kerana telah menepati syarat-syarat kesamsengan yang diperlukan.

Tahniah Khir Toyo kerana telah lulus ujian menjadi samseng!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.