Thursday, March 19, 2009

Takdir Untuk UMNO Ditalqinkan Semakin Hampir? ~ Malaysiakini


UMNO sedang berkocak!! Beberapa siri bantahan khabarnya akan diadakan pada hujung minggu ini yang dianjurkan oleh penyokong-penyokong Ali Rustam. Permit polis? Permit polis tak perlu kerana walaupun mereka dari team Pak Lah dan bukan dari team Najib, namun kedua-duanya tetap dari UMNO yang boleh buat apa saja di negara malang ini.

Selain dari siri bantahan penyokong-penyokong Ali Rustam, satu lagi kabar terbaru Muhd Taib dikatakan sedang dipujuk untuk tidak bertanding melawan Muhyiddin. Walaupun Muhd Taib dikenali dengan pelbagai rekod hitam, tapi penyokong-penyokong Ali Rustam yang marah dikatakan akan memberi sokongan padu kepada Muhd Taib bagi memastikan kemenangannya. Dengan penyokong Ali dan penyokong Muhd Taib berpadu tenaga, peluang Muhd Taib menang jawatan Timbalan Presiden dikatakan tersangat cerah. Adakah Muhd Taib akan terpesona dengan pujuk rayu puak team Najib agar tidak melawan Muhyiddin? Atau beliau tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk terus bertanding dan muncul sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri?

Apapun, perkembangan terkini menunjukkan UMNO kian berkocak, UMNO yang sudah lemah sedang menampakkan perpecahan. Sudahlah lemah, berpecah pula. Malangnya perpecahan ini muncul ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai semakin hampir. Mampukah UMNO membina kembali barisan yang sedang berkocak kini untuk menghadapi 3 pilihanraya kecil itu?

Jika BN tewas dalam 3 pilihanraya tersebut, atau tewas 2 dari 3 pilihanraya itu, bermakna zaman suram sedang menanti UMNO di depan. UMNO oh UMNO....adakah takdir semakin hampir untuk ahlinya membaca talqin kepada parti tertua itu?

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.