Tuesday, March 3, 2009

Terkini: Berundur, Atur Strategi Baru


Terkini 10.05 Pagi: Difahamkan ADUN-ADUN PR terpaksa berundur seketika dari memasuki DUN yang dikawal ketat pihak polis.


Sebelum itu, pihak polis menggunakan pembesar suara mengarahkan agar Speaker, V. Savakumar agar memasuki bangunan. ADUN-ADUN lain termasuk Menteri Besar dalam buangan tidak dibenarkan masuk. Beliau enggan masuk, soalnya mengapa hanya beliau dipanggil? Kalau masuk adakah peluang untuk keluar semula atau akan dibawa terus ke Kamunting? Mujur beliau tidak masuk!

Juga pihak FRU dikhabarkan sedang bersedia menyuraikan mereka yang berhimpun diluar dengan menalakan “water canon” ke arah sekumpulan orang ramai yang semakin bertambah ramai.

Kira-kira setengah jam tadi berlaku sedikit kekecohan apabila ADUN PR dihalang memasuki DUN sehingga ada yang terjatuh selepas dikasari polis.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.