Friday, April 3, 2009

10.00 Pagi Hari Ini Kita Kibarkan Bendera Mongolia Separuh Tiang!!


Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada jam 10.00 pagi.
Perlantikan Najib menerima pelbagai respons dari orang ramai. Tapi sehingga kini tiada tinjauan pendapat umum rasmi mengenai respons orang ramai terhadap perlantikan Najib. Tidak tahu bilangan mereka yang suka, yang tidak suka dan yang berkecuali tentang perlantikan Najib (atau mungkin ada perangkaan mengenainya, tapi saya tidak menyedarinya).

Kebetulan petang kelmarin saya bertanya beberapa orang yang ditemui mengenai perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Seperti dijangka pelbagai jawapan diterima. Mereka yang dikenali memberi jawapan yang lebih berterus terang, mereka yang kurang atau tidak saya kenali memberi jawapan acuh tak acuh, 'tengok dulu', 'entahlah' atau 'okey kot'.

Go to fullsize image Bendera Mongolia........Siapa nak kibar separuh tiang esok?

Go to fullsize image


Antara yang disoal mengenai Najib itu ada satu jawapan yang menarik, ia datang dari seorang kenalan saya. Katanya dia sedang mencari-cari bendera Mongolia untuk dikibarkan tepat jam 10.00 pagi esok (pagi ini).
"Apa kena mengena perlantikan Najib dengan pengibaran bendera Mongolia pula?", tanya saya. "Aku nak kibar bendera Mongolia setengah tiang, tanda berkabung bagi pihak Altantuya! Perlantikan Najib sebagai PM menandakan kes bunuh Altantuya tidak akan dibicarakan dengan adil di mahkamah. Mahkamah tidak akan memberi jawapan mengapa Altantuya dibunuh. Kesian keluarga Altantuya, sapa-sapa yang masih ada hati perut jom kibar bendera Mongolia separuh tiang ," katanya bersungguh-sungguh.

Saya tidak pasti sama ada mengibarkan bendera Mongolia separuh tiang itu suatu idea yang bijak atau tidak. Bagaimanapun jika ada sesiapa yang pemikirannya sama dengan rakan saya itu dan ingin mengambil tindakan yang sama, silakan, jom kita lakukan.


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.