Thursday, April 9, 2009

Antara Nizar dan Zambry: Catatan Seorang Pegawai Kerajaan Perak


Suasana kemesraan tidak lagi wujud di pejabat MB Perak sekarang, staf-staf pejabat berkerja dalam suasana agak tertekan dan takut. Berbeza dengan suasana semasa kami berkhidmat di pejabat MB terdahulu. Setiap pagi, sarapan percuma disediakan di pantri pejabat, sarapan tersebut disumbangkan oleh MB Nizar setiap hari. Semua pegawai dan staf makan sama-sama. Saya jarang bersarapan pagi, tetapi ada peluang bersarapan, saya bersarapan sekali dengan staf pejabat. Suasananya cukup mesra.


Di surau SUK, suasana tidak sebagaimana dahulu, setiap Zohor memanglah ada yang solat berjamaah, tetapi tidak seramai dahulu. Tazkirah Zohor sudah tidak kedengaran lagi. Dulu MB Nizarlah yang mengimami solat Zohor dan menyampaikan tazkirah, ramai yang menjadi makmumnya, termasuk EXCO dan pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali dua orang EXCO yang setiap hari ada dipejabat tetapi tidak pernah sekalipun terjumpa berjamaah sekali di surau apatah lagi mendengar tazkirah. Dato' SUK pun dulu jarang sangat terjumpa berjamaah di Surau, sekarang dengar cerita rajin pulak, Alhamdulillah ada perubahan.

Dulu MB Nizar selepas solat Zohor akan makan tengahari di Kantin Pejabat, dia akan mengajak semua pegawai-pegawainya makan sekali, kalau kebetulan ada orang awam nak berjumpa MB diajaknya makan sekali. MB setiap hari belanja kami makan tengahari. Orang lain tidak ada peluang untuk membayarnya.

(Sumber: Al-Futhuhat)

Dulu dan sekarang pasti ada bezanya. Sebab itu Allah jadikan siang dan malam untuk kita menikmati perbezaannya. Begitulah juga dengan manusia yang memimpin kita. Kita hanya dapat membandingkan dua personaliti selepas melihat sendiri gaya kepimpinannya. Begitulah seringkali berlaku - dulu lembut, sekarang kasar. Dulu pemurah sekarang kedekut. Dulu cerah, sekarang gelap. Dulu wajah bersih dihiasi senyuman, sekarang wajah kusam dan masam. Jika tiada dulu, tiada sekarang.

Jika tiada yang sekarang, kita tidak merindui yang dahulu. Begitulah manusia - hanya ingin yang terbaik memimpinnya.


- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.