Thursday, April 30, 2009

Apabila Menteri MCA Tuduh Timbalan Menteri MIC Pembohong

Jarang-jarang sekali anggota-anggota kabinet BN bercakap berbeza dalam sesuatu isu yang sama. Lazimnya jika ada seorang Menteri atau Timbalan Menteri buat kenyataan kurang tepat, Menteri dan Timbalan Menteri lain akan cover line bila bercakap isu yang sama, walaupun ketika itu dia tahu apa yang dikatakan Menteri atau Timbalan Menteri sebelumnya itu tidak benar. Jika ada pembetulan fakta, masing-masing akan menggunakan bahasa yang sesuai agar rakyat tidak terhidu ada perbezaan pendapat antara mereka.

Namun apabila kelmarin Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kenyataan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan bahawa terdapat doktor Hospital Kuala Lumpur 'curi tulang' waktu bekerja adalah tidak benar, ia menampakkan ada anggota kabinet yang telah membohongi rakyat. Datuk Seri Liow berkata, antara pembohongan fakta yang dilakukan oleh Datuk Saravanan ialah:

- Doktor itu bukan 'curi tulang' kerana ketika itu dia sedang menunggu kad rawatan yang belum tiba di mejanya.

- Doktor itu bukan membaca akhbar, dia cuma membelek akhbar yang ditinggalkan pesakit sebelumnya.

- Hanya ada 3 pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan, bukannya 20 seperti dakwaan Saravanan.

Sebelum ini pun memang ramai yang berkata Menteri dan Timbalan Menteri kita memang suka membuat kenyataan berbohong. Sebab itu ada yang pernah berkata antara pra- syarat untuk menjadi Menteri ialah kepintarannya berbohong. Hingga ada yang mencipta peribahasa moden bagi menggambarkan hal ini dengan berkata:

siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama jadi Menteri

Sekarang apabila Menteri dari MCA itu menyatakan Timbalan Menteri dari MIC tersebut adalah pembohong, orang akan jadi semakin yakin peribahasa moden itu memang benar belaka.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.