Wednesday, April 8, 2009

Apabila Rakyat Dua Bukit Derhaka Kepada BN



http://media1.malaysiakini.com/171/f6ddad63843b986691428dd35e16ad1e.jpg


Begitulah apabila rakyat telah menyampaikan sembah derhaka kepada BN, dua bukit dikuasai semula dengan penuh bergaya.

Apa lagi yang hendak dikata? Seperti kata Najib dahulu, jika BN tidak berubah, ia akan rebah. Dan malam tadi BN benar-benar rebah tertiarap di dasar dua bukit.

Rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menyampaikan sembah derhaka kepada BN. Mereka tidak takut untuk derhaka kepada BN, kerana menerusi penderhakan saja dapat menyedarkan Penguasa kesilapan mereka.

Jika masih tidak sedar juga, ramai lagi yang kepingin untuk derhaka!


Alhamdulilah dan allahuakbar!



No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.