Friday, April 3, 2009

Baiknya Najib...Nasib Baik Ada Dua Bukit Satu Batang!!

Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik, 13 tahanan ISA bebas dan kajian semula ISA.

Bagi sesetengah orang, ia nampak seperti hebat. Nampak seperti Najib memang negarawan budiman. Permit Harakah dan Keadilan baru saja digantung 10 hari lalu, tiba-tiba hari ini ditarik balik. Apa maknanya tu? Maknanya ia seperti telah dirancang awal, seorang pura-pura jadi setan, seorang lagi pura-pura jadi baik. Kesan psikologinya - kita nampak orang yang pura-pura baik itu seperti begitu budiman.

13 tahanan ISA dibebas pun nampak seperti tindakan Najib yang sangat baik. Tapi mengapa 13 orang saja, jika jujur mengapa tidak bebas semua tahanan ISA?

Begitu juga hendak kaji ISA juga nampak seperti tindakan baik kerana sejak dahulu semua menteri termasuk Najib selalu berkata tiada tolak ansur untuk akta zalim itu. Sebenarnya jika Najib jujur kajian tersebut sudah boleh dilakukan sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Tapi dia menunggu hari ini untuk buat pengumuman itu. Itu pun cuma baru nak kaji, belum tentu lagi akta itu dihapuskan atau tidak. Jika Najib jujur sebenarnya dia boleh umumkan Kem Kamunting ditutup sepenuhnya, seperti yang dibuat oleh Obama ketika mula memegang kuasa.

Mengapa Najib memilih untuk membuat 3 pengumuman itu hari ini? Adakah jika tiada pilihanraya di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, pengumuman sedemikian tetap akan dibuat juga? Nampak sangat ada udang di balik mee udang Bukit Gantang, ada asam gelugor di balik laksa Bukit Selambau, ada ikan bilis di balik nasi lemak Batang Ai.

Nasib baik ada pilihanraya 2 bukit 1 batang!

Mungkin esok Najib akan umumkan PPSMI dibatalkan pula?

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.