Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai: BN, Bukit Gantang: PAS, Bukit Selambau: Masih Kelabu?


Berita angin yang sempat dihirup petang ini menyatakan BN menang selesa di Batang Ai dengan majoriti 1,500 undi. Ada sedikit permainan 'aci-aci sembunyi undi' apabila ada peti undi yang dibawa dengan helikopter ke pusat pengiraan tanpa diiringi wakil calon yang bertanding. Tahniah BN!


Di Bukit Gantang, kononnya, semua menteri termasuk Muhyiddin sudah meninggalkan kubu mereka dan balik ke Kuala Lumpur, suatu petanda awal, BN sudah tewas, walaupun pengiran undi belum lagi selesai. PAS ketika ini masih mendahului BN dalam pengiraan undi. Mungkin juga ada menteri yang berkira-kira hendak ke Bukit Selambau, mana tahu di sana ada peluang untuk tersenyum?

Di Bukit Selambau, kabarnya peluang BN dan PKR masih 50:50. Tidak tahu siapa yang menang dan kalah.

Tapi itu cuma kabar-kabar angin. Mana tahu, kot-kot tak tepat. Nak bertakbir pun takut tersilap masa. Jadi kena tunggulah juga keputusan rasminya nanti. Petanda kekalahan BN mudah saja: jika hingga jam 9.00 malam ini tiada pengumuman rasmi mengenai keputusannya di TV, bermakna peluang BN menang di kawasan berkenaan sudah tidak ada. Jika BN menang, penonton akan dibawa untuk bersiaran langsung dari pusat pengiraan undi. Biasalah, demokrasi separuh masak ala-Malaysia!

- pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

di batang ai...tu yg sakit hati tuu

Banteh said...

PR dapat dua bukit, BN dapat satu batang aje. hehe.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.