Wednesday, April 1, 2009

BN Rosakkan Harta Bendanya Sendiri Bukan Perkara Baru Dalam Sejarah Pilihanraya

Saya terbaca dalam blog al-banjari online mengenai satu insiden di Bukit Gantang petang tadi - penyokong UMNO membakar bendera BN di suatu lokasi di antara kampung Jana dan Kampung Perak.

Awat depa buat macam tu, tak dak kerja lain lagi ka? Bukan apa agaknya depa saja buat untuk masuk TV3 kot. Pagi esok, jika nasib baik, berita itu masuklah TV3. Lalu keluarlah pelbagai tohmahan dan andaian - itu kerja penyokong PR, itu satu contoh pembangkang ketandusan idea, bla...bla...bla...

Penyokong BN merosakkan harta bendanya sendiri dan kemudian tuduh orang lain melakukannya bukan perkara baru dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu pun hal seumpama ini juga berlaku apabila bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang kononnya mempunyai bahan letupan. Lalu PR dituduh menjadi dalang dengan niat untuk meletupkan bilik gerakan Puteri. Tetapi siasatan polis kemudiannya tidak menemui sesuatu yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pengkhianatan. Dengan kata-kata lain tuduhan Puteri ia angkara PR adalah fitnah belaka. Terbukti ia memang kerja puak yang ketandusan idea itu - mereka sendiri buat, mereka sendiri tuduh orang, mereka sendiri heboh dan akhirnya mereka sendiri malu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.