Sunday, April 5, 2009

Bukit Selambau: Eh..Eh..SPR Pun Percayakan Tahyul?

Semua kita tahu SPR acapkali bertindak seperti komponen ke-15 BN. Tindak tanduknya selalu kelihatan memihak kepada BN, tidak berkecuali seperti sepatutnya. Kedudukan calon dalam kertas undi Bukit Selambau meyakinkan lagi sesetengah pihak kebenaran andaian itu.

Lumrah mengetahui bagi sesetengah peminat tahyul, terutama kaum Cina mereka tidak suka dengan angka 4 yang membawa makna kematian. Sebaliknya mereka sangat suka kepada angka 8 yang membawa makna tuah dan kemakmuran. Sebab itulah mengapa ramai terutama dari kalangan kaum Cina yang sanggup membida nombor pendaftaran kenderaan dengan nilai yang tinggi untuk angka yang berkaitan dengan 8, termassuk 8, 88, 888 atau 8888. Angka 4 pula paling tidak diminati. Pengalaman saya yang pernah menggunakan kenderaan bernombor 4444 menunjukkan bukan sahaja nombor pendaftaran 4 mudah untuk diperolehi tetapi apabila kenderaan berkenaan hendak dijual, nilai jualannya turut jatuh kerana nombor pendaftarannya yang dipercayai kurang menarik minat pembeli kenderaan.

Dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang disertai 15 calon itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyediakan kertas undi di mana PKR diberi nombor 4 dan BN diberi nombor 8. Sama ada PKR mendapat nombor yang membawa erti mati dan BN mendapat nombor yang membawa erti tuah berlaku secara kebetulan atau telah dirancang hanya SPR yang boleh menjawabnya. Sebagai seorang yang tidak mempercayai tahyul, saya sendiri cuba meyakinkan diri pemberian nombor dalam kertas undi kepada PKR dan BN itu berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.

Walau bagaimanapun, bagi peminat tahyul terutama dari kaum Cina mereka mungkin kurang selesa untuk memangkah nombor 4 yang membawa erti mati dalam pilihanraya Bukit Selambau kelak, tetapi lebih tertarik dengan nombor 8 yang membawa erti tuah. Kepada orang Islam, kita mesti menolak tahyul, MESTI! Namun kita tidak dapat menghalang pengundi mempercayainya.

Tapi benarkah ada kalangan pegawai SPR yang percaya kepada tahyul sehingga perkara ini berlaku? Dan adakah ada kalangan pengundi juga yang percaya kepada tahyul dan mempengaruhi pola pengundian di Bukit Selambau kelak? Jawapannya ialah pada 7 April ini.

Selamat mengundi, jangan percayakan tahyul!!

Oleh: pendikar gunung kriang


3 comments:

Anonymous said...

From other aspect in Feng Shui, we also can interpret in other way by applying Yi Ching, the ancient Chinese Feng Shui, which can considers as king of Feng Shui, the modern Feng Shui theory build on the Yi Ching basic concepts.

No. 4 is "Lei" or Thunder which represent the elder son or young man, who will be the leader or king in future.

No. 8 is "Di" or the Land, is like a mother to feed every living thing on the earth.

So let put in this way, the No 8 is the current King who ruled the country but very soon No 4 will take over the post as new premier.

pendikar gunung kriang said...

If we let the old king stay here, we will die!!

Mohammad Roslan said...

Trust me "democracy is three wolves and a sheep voting on what's for dinner".Dear friend whenever you find that you are on the side of majority , it is time to pause and reflect.So nothing wrong with SPR...they obey the pay master...ha..ha...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.