Tuesday, April 7, 2009

Bukit Selambau: Kerana Buat Laporan Polis, Akhirnya Ditahan Polis! ~ Malaysiakini


Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.


Naib ketua AMK, Feriz Musa berkata, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan.

Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada lagi bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu dekat sini pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas Barisan Nasional (BN).

Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Superintenden Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan, lapor akhbar tersebut. Katanya, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.

"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit. Mereka kini ditahan di Balai Polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

pendikar gunung kriang: Itulah akibatnya kerana terlalu mengikut undang-undang, buat laporan polis, tapi akhirnya sendiri dicekup polis! Kadang-kadang kita barangkali lupa, kita warga Malaysia, kita bukan warga Singapura, Jepun, Korea, Australia, Britain, Perancis atau Jerman. Di sini siapa peduli tentang undang-undang, penguatkuasa undang-undang pun tak hormati undang-undang, lihatlah cara mereka bawa kenderaan, tidak ikut peraturan, pakai redah saja.

Dua orang petugas itu bukan orang pertama yang buat laporan polis tetapi akhirnya ditahan polis. Lim Guan Eng ada pengalaman menarik: dia buat laporan polis terhadap Rahim Thamby Chik kerana merogol gadis Melayu di bawah umur. Akhirnya sebagai hukuman terhadap Lim yang mematuhi undang-undang, dia dihukum penjara 18 bulan.

Itulah lain kali kita perlu menyedari kita berada di mana. Jika tinggal di Malaysia, buatlah cara Malaysia. Apabila berada di dalam kandang harimau, mengaumlah dengan wajah ganas seperti harimau. Apabila berada di dalam kandang harimau, tidaklah perlu sopan dan menghulurkan salam, agar nyawa anda tidak padam!

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.