Wednesday, April 1, 2009

Calon BN Bukit Selambau Terlanggar Kawah Mee Segera!!



Ini berita yang baru saya dengar sebentar tadi: calon BN DUN Bukit Selambau, Datuk S.Ganesan yang dalam perjalanan berkempen kira-kira jam 12.00 tengahari tadi mengalami kemalangan kecil apabila kenderaan yang dinaikinya tergelincir ketika melalui sebatang jalan kampung yang baru diturap. Akibat kemalangan itu, beliau terpaksa meneruskan perjalanan ke tempat berkempen dengan menaiki sebuah motorsikal.

Ini kisah benar yang lucu, bukan April Fool! Yang lucunya ialah Ganesan tergelincir ketika melalui jalan yang baru diturap, jalan yang dibina hasil projek 'mee segera' BN. Itulah Datuk, lain kali berhati-hati di jalan raya, kerana atas jalan, tepi jalan, bawah jalan dan atas jalan banyak sangat kawah mee segera yang dimasak oleh petugas BN. Kan la nie Datuk dah susah, tak berhati-hati terlanggar kawah mee segera kepunyaan BN sendiri! Nasib baik mee segera dalam kawah tu belum masak sepenuhnya, jika tidak dengan Datuk sekali masak dan kojol di dalamnya!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.