Wednesday, April 8, 2009

Dah Tewas Tapi Osman Jailu Masih Tak Rasa Malu!! ~ Malaysiakini

Keputusan pilihanraya Parlimen Bukit Gantang kelmarin pasti merimaskan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu. Mana tidaknya PAS mengalahkan BN di kawasan DUN Changkat Jering dengan majoriti melebihi dari yang diperolehi pada tahun2008. Dalam pilihanraya kelmarin, calon PAS mendapat 9,896 undi di DUN Changkat Jering, manakala calon BN cuma mendapat 8,206 undi dengan majoriti diperolehi PAS sebanyak 2,009. Dalam PRU ke-12 pada tahun 2008, PKR yang ketika itu diwakili Osman memperolehi 9,411 undi manakala BN 8,309 undi.

Apa yang boleh kita simpulkan dari perangkaan di atas ialah:

i) Dalam pilihanraya kecil kelmarin, PAS memenangi DUN Changkat Jering, mengalahkan BN dengan majoriti 9,896.

ii) Undi PAS meningkat di DUN Changkat Jering dari 9,411 dalam piihanraya 2008 kepada 9,896 dalam pilihanraya kelmarin atau pertambahan undi sebanyak 485 undi.

iii) Pengundi Changkat Jering menolak BN yang juga bermakna mereka menolak Osman yang bersekongkol dengan BN.

iv) Jika Osman manusia berprinsip dan bermaruah, dia perlu meletakkan jawatan, kerana pengundi Changkat Jering jelas menolaknya dalam pilihanraya kelmarin.

Tapi soalnya adakah Osman Jailu masih ada rasa malu? Jika Osman masih ada sisa-sisa rasa malu dalam dirinya dia perlu meletakkan jawatan apabila ada isyarat dari rakyat yang tidak menerimanya lagi. Tapi jika Osman merasa dia manusia bermuka tembok, dia boleh buat-buat tak tahu rakyat menolaknya sambil menikmati elaun ADUN pada setiap bulan.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.