Friday, April 10, 2009

Demi C4, Mereka Memang Wajar Merayu




Berita Harian Online sebentar tadi melaporkan Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, memfailkan notis rayuan terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya semalam.

Azilah melalui peguamnya, J. Kuldeep Kumar, memfailkan notis rayuan itu di pejabat pendaftar mahkamah tinggi di sini pada jam 4.15 petang tadi.

Azilah dan seorang lagi anggota polis, Koperal Sirul Azhar memang wajar mengemukakan rayuan. Diharap Mahkamah Rayuan kelak dapat membicarakan semula kes ini dengan seadil-adilnya. Ini kerana sehingga kini Mahkamah Tinggi gagal merungkai persoalan pokok sesuatu kes pembunuhan: mengapa mangsa dibunuh? Hingga sekarang tiada siapa tahu mengapa Altantuya dibunuh, apa lagi dibunuh dengan begitu kejam oleh dua orang yang tidak mengenalinya.

Mahkamah Rayuan perlu bersikap adil dan tidak boleh menampakkan dirinya sebagai badan penghakiman yang berat sebelah. Segala misteri bagaimana C4 menjalankan kerja jahatnya perlu dirungkaikan mahkamah.

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

malaysia baru said...

Rayu jgn tak rayu...
Tapi kenapa keras sangat tak mau beritahu mahkamah SIAPA suruh mereka bunuh Mongolia tu?

Apa yg nak sangat di pertahankan?
mungkin depa nak mai tolong kut. Kalau mai. Kalau tak mai...siap badan kena gantung untuk kesenangan orang lain.
Kesian kat keluarga di kampung...menangis tak berlagu..

Unknown said...

Entah macamana saya rasa cerita dari Daniel ni macam ada logiknya.

Baca :

1. (Tolong Tegakkan Keadilan Untuk Wanita Ini)

2. (Satu Penilaian Kembali)

Sharp.Shooter

Anonymous said...

1. Cari sebab menapa mereka membunuh.
2. Siapa yang suruh mereka membunuh.
3. kedatangan wanita itu ke Malaysia kerana apa
4. Bila 2 insan ini kenal wanita ini

banyak lagi nak tanya tapi tak payah

pendikar gunung kriang said...

Itu yg menghairankan kita tentang sikap mahkamah bila membicarakan kes Mongolia sorang ni. Nak cakap lebih-lebih nanti kita dituduh menghina mahkamah. Tak cakap pun tak kena, mahkamah sengaja sediakan ruang untuk dirinya dihina.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.