Friday, April 3, 2009

Esok Anwar Nak Letupkan C44 Di Bukit Selambau!!

Jika ditanya masyarakat Cina, apa huruf yang paling mereka tidak suka, pasti jawapannya ialah huruf 'C'. Mengapa 'C' tidak disukai? Kerana 'C' (si) bermakna 'mati'. Jika ditanya pula apa angka paling tidak disukai kaum Cina? Jawapannya ialah '4'. Mengapa '4' tidak disukai? Kerana 4 atau 'si' dalam dialek Hokien bermakna 'mati'.

Jika ditanya pula rakyat Malaysia dan Mongolia apa bahan peledak yang paling ditakuti? Jawapannya pasti C4 yang telah menghancurkan jasad Altantuya hingga semuanya hancur lebur bagai debu. Kebetulan sekali bahan peledak itu dinamakan C4 atau 'si-si' atau 'mati-mati' atau 'mati berganda.' Patutlah ledakannya boleh menyebabkan semua daging dan tulang Altantuya hancur berkecai, ia peledak untuk kematian berganda.

Dan hari ini kita bertuah kerana Perdana Menteri baru Malaysia bernama Najib yang dikaitkan dengan C4 itu menjadi Perdana Menteri. Kemunculan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan C4 agak menggerunkan PR. Mungkin pemimpin PR takut nasib mereka sama dengan Altantuya.

Oleh itu jika hendak berhadapan dengan Najib, PR perlu menyediakan bahan yang lebih kuat dari C4. Tapi bukan bahan yang boleh meletupkan jasad manusia, cukup sekadar bahan yang upaya meletupkan reputasi Najib. Dan esok pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau yang dijangka memberi pukulan besar yang lebih hebat dari C4 terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.

Pendedahan itu dikatakan berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pengarah strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut hari ini. Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam hari ini.

Jadi esok, bagi warga berdekatan Bukit Selambau yang ingin melihat sekuat mana bahan peledak Anwar mampu menghancurkan reputasi Najib, silalah ke Bukit Selambau. Anwar akan berceramah di Sungai Lembu pada jam 9.30 malam, diikuti di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 11.00 malam.

Jika Najib mempunyai C4, Anwar perlu membawa bahan peledak yang lebih kuat. Mungkin namanya C44 peledak yang lebih kuat dari C4!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

nokiadaun said...

sudah tentu krn DSAI adlah dr P44 permatang pauh...xheran la utk bwk C44...

Anonymous said...

perjuangan semakin susah. namun... lawan tetap lawan!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.