Friday, April 10, 2009

FRU, Yang Hanpa Tembak Kepala Tu, Nak Bunuh Orang Ka? ~ Malaysiakini

Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya.

(Sumber: Malaysiakini)

Komen pendikar gunung kriang:

Apa yang saya tahu, mengikut prosedur pelepasan tear gas, polis hanya dibenarkan menembak ke angkasa dan membiarkan tear gas jatuh ke bumi sambil mengeluarkan asap. Tetapi yang FRU menembak ke kepala manusia itu, untuk apa? Apa nawaitu si-penembak tepat tu - untuk mencedera, untuk membutakan mangsa atau untuk membunuh?

Kita tahu demonstrasi tu salah, rusuhan tu salah. Kita juga tahu FRU adalah manusia biasa ada perasaan geram dan marah apabila dicabar. Tapi yang hang lepas geram dengan menembak kepala orang tu, mengapa? Itu buta saja, kalau dia meninggal kena tembakan hang, apa nak jawab? Si-perusuh itu pun bukan penjenayah, mereka cuma peminat bola yang kebetulan naik angin, awat hanpa sampai nak tembak kepala?

Dan yang lebih malang mangsa yang ditembak kepala tapi terkena mata itu ialah pembantu gerai yang tidak pun terlibat dalam rusuhan itu.

Jika yang terkena tembak tu mereka yang terlibat dalam perhimpunan politik, tentu polis akan menyalahkan parti politik yang menganjurkan perhimpunan itu. Tapi dalam kes ini yang kena ialah pembantu gerai yang tak tahu apa-apa pasal rusuhan. Jadi pandai-pandailah hanpa jawab, FRU ooooi....

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.