Thursday, April 9, 2009

Hutang Budi Dibayar Timbalan Menteri!

Seperti yang dijangka, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas kepada Khairy dalam pertarungan Ketua Pemuda UMNO dilantik Najib menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Tun Dr Mahathir pasti tersenyum melebar kerana anaknya yang tewas diberi jawatan dalam kabinet.

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, dia telah melantik Najib yang ketika itu baru berusia 29 tahun sebagai Menteri Besar Pahang. Najib kemudian dibawa Mahathir ke Pusat dan bintangnya sungguh cerah selepas itu.

Kini giliran Najib pula melantik anak Mahathir sebagai Timbalan Menteri. Kini Najib telah melangsaikan hutangnya kepada Mahathir.

Selamat menganggotai kabinet, Mukhriz. Setiap hutang perlu dibayar. Hutang emas dibayar emas, hutang budi dibayar Timbalan Menteri!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Baginda Reformasi said...

hahah hutang KJ ngan org yg undi die campak mane? hahahah kambing itam le KJ nih..

Jeffry said...

HAHAHAHAHA KJ PUN X KESAH. TP YG AKU HERAN KNP PLAK BLOGGER NITWIT MALAYSIA YG TEKINJE2?

semutapi said...

Sape kata KJ tak kisah,bro? Umur dia makin bertambah, nanti terlepas peluang nak jadi PM sebelum usia 40 tahun, spt yg dicita-citanya.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.