Wednesday, April 1, 2009

Jika Che Det Dibenar Berkempen, Polis Mengesahkan Dirinya Talam Dua Muka !! ~ Malaysiakini



Go to fullsize image

Tun Dr Mahathir Mohamad @ Che Det seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini mengambil langkah "luar dugaan" apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini. Mantan Perdana Menteri itu dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

Memang kehadiran Che Det ke Bukit Gantang menghairankan jika mengambilkira perkembangan terkini pilihanraya kecil Bukit Gantang. Ketua Polis Daerah Taiping telah mengeluarkan pelbagai arahan luar biasa yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran normal sebelum ini Antaranya pihak polis tidak membenarkan pemimpin DAP dan PKR berkempen atas alasan mereka tidak bertanding dalam pilihanraya. DAP dan PKR juga diarahkan menurunkan bendera kedua-dua parti atas alasan yang sama.

Yang Che Det hendak pergi ke Bukit Gantang itu pula atas kapasiti apa? Che Det bukan lagi ahli UMNO, bukan lagi anggota BN, jadi mengikut prinsip yang sama dia tidak boleh berkempen atas nama parti yang dia bukan ahlinya. Status Che Det kini cuma sebagai orang bebas tidak berparti dan mengikut takrif kebenaran berkempen baru yang dikeluarkan oleh polis Taiping, beliau pasti tidak boleh berkempen. DAP dan PKR yang merupakan parti berdaftar pun tidak dibenarkan oleh polis Taiping untuk berkempen, apa lagi Che Det yang tidak mewakili mana-mana parti, tentu dia juga tidak boleh berkempen.

Tapi kita tunggu sajalah sama ada Che Det dibenarkan berkempen pada hari Ahad ini. Jika beliau dibenarkan berkempen, sahlah polis Taiping membuat pendekatan talam dua muka - untuk PR semua tak boleh, untuk BN semuanya boleh!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

pakabuana said...

kalau nak kempen, isi lah borang dulu, sahkan diri menjadi ahli umno...kononnya ahli umno ada 3 juta orang...kalau che det masuk semula umno maka no keahliannya 3,000,001 kot

Baginda Reformasi said...

dari 27 juta rakyat malaysia.. tolak 3/4 sebab bawah umur mengundi maka tinggal lagi 1/4 je boleh mengudi di malaysia nih.. ada la 6.75 juta lagi... tolak 3,000,001 orang UMNO... hmm tak kebuloq eh dengan BN.. kami pr ada lagi balance 3,750,000 lagi penyokong PR... hahaha ada balance 750,000 majority...!

pendikar gunung kriang said...

pakabuana,

Che Det ni tak mau jadi ahli Umno lagi, sebab dia nak test market dulu. Kalu dia nampak semua org Umno yg dont know tu terima dia, baru dia masuk; maklumlah org tua tu gila publisiti, selalu nampak dia yg terpandai di Malaysia.


baginda,

Tak semua 3 juta ahli Umno tu undi BN. Saya ada 2 adik beradik yg jadi ahli Umno, tapi mereka tak pernah undi BN. Mereka masuk BN sebab yuran ketua yg bayar. Mereka juga suka jadi ahli UMNO sebab sesekali dapat makan angin percuma ke Langkawi, Putrajaya dan selatan Thai.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.