Sunday, April 5, 2009

Kejutan Anwar Untuk BN Di Bukit Selambau ~ Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah sebentar tadi di Dewan Hock Seng, Sungai Petani mengumumkan Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas 11 bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Anwar.

Pembubaran 62 cawangan PPP itu bermakna Anwar telah mengotakan janjinya untuk membuat kejutan dalam ceramah tersebut. Mungkin kejutan itu tidak sebesar yang diharapkan tetapi penghijrahan orang ketiga terpenting dalam sebuah parti komponen BN tetap satu pukulan kepada Perdana Menteri baru Malaysia.

Cuma sama ada kejutan itu mampu mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau di tangan PKR hanya pengundi dan kuasa Allah yang bakal menentukannya.


-pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

mana kejutanya ?

anwar pembohong!!

sama jer macam 16 sept!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.