Tuesday, April 21, 2009

Lelongan Camry Adalah Kerja Orang Gila!!



Terkejut saya mendengar berita Kerajaan Kudeta Perak yang dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi EXCO Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Kabarnya lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzua, Ipoh mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Saya tidak pasti sama ada lelongan ini mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan Kerajaan. Tapi latar belakang lelongan itu seperti menggambarkan ia tidak mengikut peraturan kewangan. Mengikut Arahan Perbendaharaan, lelongan harta Kerajaan boleh dibuat sebagai salah satu dari prosedur pelupusan barang-barang yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan. Namun kesemua Camry yang hendak dilelong ini adalah kereta baru yang didaftarkan pada 9 Jan tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah kenderaan baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Dengan latar belakang sedemikian adalah mustahil kereta-kereta itu tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Apabila Kerajaan Negeri Terengganu, Selangor dan Perak (di bawah Nizar) dulu hendak membeli kenderaan baru bagi menggantikan Perdana yang telah tua dan tidak ekonomik itu, ia pernah menjadi isu besar hingga Pak Lah yang menjadi PM ketika itu pun perlu bercakap mengenainya. Tapi apabila Kerajaan Kudeta Perak hendak melelong Camry yang baru berusia 3 bulan, tiada pula yang membantah.

Kereta baru hendak dilelong adalah satu kerja ganjil dan luar biasa, jika pun bukan kerja gila. Jika yang hendak dilelong ialah kereta lama dan tidak ekonomik, itu boleh diterima. Entah peraturan mana yang dipakai untuk menghalalkan lelongan Camry yang kelihatan ganjil, luar biasa dan gila itu, tidak tahulah. Dan entah arahan dari orang ganjil mana, orang luar biasa mana dan orang gila mana untuk melelong kereta baru itu, tak tahulah. Tak kan pula arahan itu datangnya dari Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan dua jawatan yang paling kanan di Perak yang semestinya sedar mengenai peraturan kewangan?

Namun siapa pun yang mengarahkan lelongan itu ia adalah hasil kerja orang ganjil, luar biasa dan gila!


Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Baginda Reformasi said...

salam... ape masalah BN? ngan kereta pulak mereka takut? nape tak lelong bini masing2 je...?

Anonymous said...

ala maybe dorg nak try pakai exora kot...hahaha

pendikar gunung kriang said...

baginda,

Kalau depa lelong bini depa di Pasar Borong, agak-agak laku tak? Jika laku agak-agak sampai RM1 tak? Atau lelong pakai kilo?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.