Monday, April 6, 2009

Mahathir Dedahkan Anwar Dipecat Bukan Kerana Kes Liwat ~ Malaysiakini

mahathir in bukit gantang by election ceramah 060409 01













Akhirnya selepas 11 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad @ Che Det memecah rahsia mengapa ketika memegang jawatan Perdana Menteri dahulu beliau memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Beliau mendedahkan demikian ketika berceramah di hadapan beberapa penduduk Parlimen Bukit Gantang hari ini di hari terakhir kempen. Faktor pemecatan itu, bukannya kerana kes liwat sepertimana yang diwar-warkan dahulu, tetapi faktor lain. Rupanya ada faktor lain, faktor yang dahulu diperkatakan ramai, tetapi dinafikan oleh media arus perdana.

"Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya, seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

"Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga," katanya marah.

Jadi itu sebabnya mengapa Che Det memecat Anwar. Sebab orang tua itu takut dijatuhkan sebelum puas menduduki takhta empuk pemerintahan! Sebab Che Det merasakan Hang Nadim yang popular di kalangan rakyat itu ingin merampas kuasa pemerintahannya sebelum dia benar-benar puas memerintah. Jadi itu sebab Anwar dipecat. Jadi ia bukan sebab kes liwat yang melucukan itu. Liwat cuma alasan untuk membenarkan tindakan. Liwat cuma senjata bagi mendapatkan simpati rakyat (namun akhirnya yang diperolehi bukan simpati, tetapi cemuhan).

Semasa pemerintahannya Che Det sering digambarkan sebagai Ketua Negara pembohong yang pintar menipu. Namun hari ini Che Det membuktikan dia bukan penipu yang kekal menipu selamanya. Hari ini Che Det telah berani belajar bercakap benar. Terima kasih Che Det yang berani berkata benar selepas memendam kisah sebenar selama 11 tahun!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.