Tuesday, April 7, 2009

Main-Main Parang Tak Acilah BN Oooi....


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Animah Ferrar mendakwa bahawa petugas BN telah bertindak di luar batas demokrasi apabila menghalang petugas PKR t untuk menurunkan kain pemidang yang bersifat serangan peribadi kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.ia di Yayasan Aman, di sini semalam. Katanya, kain pemidang tersebut yang tidak mempunyai logo mana-mana parti itu dipasang di Taman Bandar Baru, di sini.

"Baru sempat menanggalkan 'banner' pertama, kami didatangi lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan Bilik Gerakan BN dan hampir kesemua mereka memakai baju BN. Mereka memaki-maki kami secara kasar dan melarang kami menanggalkan 'banner' itu.

"Apabila kami katakan 'banner' itu melanggar peraturan pilihan raya, mereka mengatakan 'banner' itu dipasang oleh Umno, bukannya mereka (MIC)," ujar Animah membacakan kenyataannya.

Katanya, kumpulan beliau seterusnya bergerak untuk merayu undi tetapi dihalang oleh petugas BN terbabit secara keras dan ganas serta menegaskan bahawa petugas KeADILan tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut kerana mendakwa kawasan itu milik mereka.

Jelas beliau, kumpulan itu turut mengugut untuk menggunakan parang bagi menghalang petugas KeADILan tersebut.

Bimbangkan keselamatan, beliau bersama rakan-rakannya terus ke Pondok Polis berhampiran untuk membuat laporan. Terang Animah, ketika sedang membuat laporan, kumpulan terbabit dengan jumlah lebih ramai antara 25 hingga 30 orang telah datang ke Pondok Polis berkenaan dan membantah usaha membuat laporan itu.

Dalam suasana semakin tegang dan kecoh serta sukar dikawal polis itu katanya, beliau bersama rakan-rakannya termasuk Ahli Parlimen Padang Serai. N Gobalakrishnan beredar dari situ sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bedong.

"Polis layan saya secara bersopan, tetapi saya rasa seolah-olah saya pula yang dianggap bersalah. Mereka mengambil gambar 'banner' yang berkenaan di 'bonet' kereta saya dan memastikan nombor kereta saya juga termasuk dalam gambar".

(Sumber: Harakahdaily)


Main-main parang tak acilah BN oiii....Apa ni, ingat negara ini Zimbabwe, Kenya atau Timor Timur ka?


No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.