Wednesday, April 1, 2009

Milik Siapakah Villa Di Lumut Itu?



Allayarham Sudirman pernah nyanyikan lagu 'Milik Siapakah Gadis Itu'. Tapi sekarang bukan masanya kita nak pi tengok gadis itu, gadis ini. Sekarang kita nak nyanyikan pula lagu 'Milik Saipakah Rumah Besar Itu'


Lihat rumah besar itu. Ia terletak di Lumut. Tuan punyanya digelar Pak Tam kerana kulitnya hitam legam. Besar rumah tu kan? Bukan nak pertikaikan Pak Tam beli rumah besar ni guna duit siapa. Ikut suka Pak Tamlah dia nak guna duit sapa, duit sendiri ke, duit bini dia ke, duit pinjaman bank ke atau duit derma tokeh ikan Lumut tu ke, ikut suka dia lah.









Sebagai rakyat biasa, kita tak ada hak nak tanya bagaimana Pak Tam menabung wang hingga dapat membina rumah sebesar itu. Jangan peduli dari mana mai nya wang itu, itu tak penting. Sebagai rakyat kita patut tumpang seronok bila ada wakil rakyat kita yang kaya raya. Sebagai rakyat yang cuma duduk di rumah kampung yang tiangnya pun dah senget, bumbung bocor bila hujan dan cuma tidur atas tikar getah kita berharap sangat wakil rakyat kita yang rumahnya besar macam Pak Tam ni akan sentiasa dirahmati Allah dan semakin kaya raya lagi.

Semoga dalam pilihan raya Bukit Gantang ni parti Pak Tam cap kati tu akan terus menang supaya Pak Tam dan kroni makin kaya raya lagi....
Kita rakyat biasa ni apalah ada kan, pi mai pi mai tang tu juga!

-pendikar gunng kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.