Thursday, April 9, 2009

Najib: Yang Menang Ditendang, Yang Tewas Dijulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri sebagai anggota kabinet barunya.

Mengikut tradisi UMNO terdahulu, Ketua Pemuda akan diberi jawatan dalam kabinet. Namun Najib mengambil langkah drastik dengan mengenepikan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dari menganggotai kabinet. Sebaliknya Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dilantik mengganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kesemua sayap lain dalam UMNO mendapat jawatan kabinet masing-masing: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pula yang tewas kepada Khairy dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Nampaknya Najib telah melaksanakan tugas dengan baik. Khairy yang menang ditendang, Mukhriz yang tewas dijulang.

Tun Dr Mahathir pasti tersenyum menantu Pak Lah, musuhnya, tiada dalam senarai kabinet. Senyumnya lebih melebar kerana anaknya walaupun tewas diberi jawatan dalam kabinet.

Selamat datang ke kabinet, pengaruh Mahathir telah kembali!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.