Saturday, April 11, 2009

NIEI: SPR Tidak Telus Urus Pilihanraya! ~ Malaysiakini



Setelah tiga pilihan raya kecil diadakan serentak pada Selasa lalu, badan pemantau pilihanraya dari National Institute for Electoral Integrity (NIEI) mendapati wujudnya beberapa proses yang tidak telus hingga mencemarkan perjalanan pilihan raya yang demokratik.

Pengarah Eksekutif NIEI, Amin Iskandar berkata pihaknya menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas daripada pengaruh mana-mana pihak. NIEI memberi contoh ketidak telusan NIEI seperti berikut:

i) Hari mengundi dibuat pada hari kerja iaitu pada hari Selasa 7 April yang lalu. Keputusan SPR untuk meletakkan hari mengundi pada hari bekerja telah menyusahkan para pengundi terutamanya yang bekerja di luar daerah atau negeri untuk hadir pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan SPR itu dilihat sebagai tidak menggalakkan peratusan keluar mengundi yang tinggi. Lazimnya SPR akan berusaha keras untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi tetapi ini tidak berlaku untuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Ai di mana SPR kelihatan tidak menggalakkan orang keluar mengundi.

ii) SPR juga tidak mengira undi di pusat pembuangan undi di beberapa kawasan Batang Ai terlebih dahulu sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi seperti yang dilakukan di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

"Alasan untuk mempercepat proses pengiraan tidak dapat diterima akal kerana pilihanraya di dua bukit ini melibatkan jumlah undi yang besar dan keputusan masih dapat diumumkan tepat pada masanya. Keengganan SPR membenarkan wakil-wakil calon ikut serta menaiki helikopter menimbulkan keraguan tentang ketelusan dan keabsahan pilihanraya tersebut," katanya.

iii) Pihak polis yang ditugaskan mengawal keadaan keselamatan sepanjang proses pilihan raya diadakan mengamalkan sikap berat sebelah dan pro-BN.

"Misalnya pihak polis lambat bertindak untuk menyelesaikan bantahan atau laporan pihak Pakatan Rakyat manakala dengan cepatnya bertindak menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan Barisan Nasional (BN).

"Biarpun Ketua Polis Negara mengeluarkan larangan berkonvoi motosikal, namun dalam kempen BN tetap berbuat demikian, malah diringi oleh pasukan polis," katanya.

iv) NIEI turut menegur penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan kempen untuk calon BN. Menurutnya BN perlu telus dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

"Kerajaan adalah milik awam yang digerakkan kakitangan awam untuk kepentingan awam atas biaya wang awam, bukannya kepentingan parti yang memerintah. Kementerian dan jabatan awam telah digunakan untuk berkempen, contohnya, dalam kempen bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad kemudahan, kakitangan dan jentera beberapa kementerian serta jabatan awam dikerahkan sepenuhnya untuk membantu kempen BN", katanya.

v) NIEI turut mendakwa media arus perdana tidak memberikan laporan yang telus dan seimbang bagi semua parti-parti yang bertanding (media arus perdana terlalu condong menyebelahi BN)

Walaupun pilihanraya kecil di dua bukit dan satu batang itu dikendalikan SPR secara tidak telus dan berat sebelah, namun PR telah membuktikan ia bukan sahaja mampu menyaingi BN, tetapi berjaya mengalahkannya.

Mujurlah ada SPR bagi membantu BN. Bayangkan jika pilihanraya diadakan di negara ini secara telus, BN pasti sudah lama bungkus!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Baginda Reformasi said...

betulbetulbetul... jika polis pun telus agak2 sape masuk lokap dulu?
salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.