Monday, April 27, 2009

Pondok Panas: SPR Jangan Jadi Agensi Tahi Ayam!! ~ Malaysiakini



SPR hari ini membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan parti-parti politik mengadakan pondok panas atau barung di luar kawasan pengundian, selain melarang memancing undi ketika hari pengundian. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti bpada hujung bulan hadapan.





Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengah malam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5 petang. Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini", kata Aziz.

Sebenarnya keputusan SPR yang tidak membenarkan mengadakan pondok panas bukanlah satu isu baru. Dalam Pilihanraya Umum 2004 juga SPR telah mengumumkan pondok panas tidak boleh didirikan. Sebaliknya bagi memudahkan pengundi memeriksa nama mereka, SPR akan mendirikan barong yangdikendalikan sendiri oleh pihaknya. Malangnya pada 19 Mac 2004, iaitu 2 hari sebelum PRU ke-11, SPR menarik balik keputusan itu. Tiba-tiba sahaja pondok panas kembali dibenarkan. Kabarnya ia dilakukan akibat desakan kuat pemimpin BN yang melihat pondok panas menguntungkan kempen saat-saat akhir parti itu.

Dan kini isu lama itu berbangkit lagi. SPR bercakap lagi bahasa lama - tidak membenarkan didirikan pondok panas, pada hal ia memang telah lama tidak dibenarkan.

Secara peribadi saya setuju pondok panas tidak wajar didirikan oleh mana-mana parti politik. Budaya mendirikan pondok panas itu sendiri adalah budaya lapuk yang cuma seuai ketika negara baru merdeka dan tahap buta huruf tinggi di mana pengundi perlu memeriksa dahulu nama mereka di luar pusat pengundian. Tetapi kini negara sudah maju, kebanyakna pengundi sudah tahu tempat dan saluran di mana merka akan mengundi sama ada menerusi internet mahupun SMS. Justeru, pondok panas yang memang panas dengan isu itu tidak diperlukan lagi.

Cuma yang menimbulkan persoalan adakah SPR benar-benar berani mempertahankan dasar untuk tidak membenarkan didirikan pondok panas? Jika pada tahun 2004, SPR tunduk kepada tuntutan BN untuk mendirikan semula pondok panas, diharap dalam PRK Penanti ini SPR perlu berani dengan pendiriannya dan tidak lagi 'malu-malu kucing' kepada BN.Sudah banyak kali SPR cuma bertindak 'hangat-hangat tahi ayam' bukan sahaja dalam isu pondok panas, tetapi juga isu dakwat pencelup jari dalam PRU ke-12 dahulu. Cukuplah hangat-hangat tahi ayam sekali dua, takut nanti SPR digelar agensi tahi ayam pula!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.