Tuesday, April 7, 2009

Selamat Datang Hantu Setan!!


Selamat datang hantu setan, selamat datang ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai!! Kabarnya hantu setan yang kelmarin masih berada entah di mana, tapi hari ini sudah mula berkumpul dan menampakkan diri di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kebanyakan mereka datang dengan bas. Jika datang dengan kenderaan kecil seperti van, MPV atau 4WD lagi sukar lah untuk dikesan.


Di Bukit Selambau setakat ini kabarnya baru 2 bas yang mencurigakan ditemui. Di Bukit Gantang, sekurang-kurangnya sudah ada 6 bas ditemui membawa penumpang yang mencurigakan termasuk dari Selangor dan Negeri Sembilan. Bas-bas ini pula diiringi kenderaan pengiring bagi menjaga keselamatan mereka.

Petugas PR sukar mendekati bas-bas ini kerana polis ala red devil bertopi merah mengawasi mereka. Tetapi jika semua petugas tahu peranan mereka, hantu-hantu yang disahkan setan pasti sukar mengundi dan dengan ini tiada peluang untuk mereka menambah undi BN dalam pilihanraya kali ini.

Selamat mengundi kepada pengundi berdaftar yang sah. Undilah mengikut fakta, bukan mengikut berita dalam media arus perdana.

Selamat datang hantu setan. Selamat mengundi hantu setan. Selamat...selamat....selamat. Selamatnya anda di dunia ini tidak menjamin anda selamat di akhirat.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.