Thursday, April 2, 2009

Mungkinkah Si-Dia Itu Yang Beritahu Zahid Tarian Lucah Budaya Cina?


Tiba-tiba saja kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN Bukit Gantang, Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan - menjadi bahan bualan ramai. Ia gara-gara majlis itu diserikan dengan tarian separuh bogel oleh sekumpulan gadis Cina.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09

Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa tarian separuh bogel itu "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina", kata Zahid.

Saya tertanya-tanya dalam hati: benarkah tarian separuh bogel itu sebahagian dari kebudayaan Cina? Semasa belajar dulu saya ada mengambil satu kertas Pengajian Cina berkaitan kebudayan Cina. Tapi professor yang mengajar saya itu tidak pula pernah bercerita tarian separuh bogel adalah sebahagian dari kebudayan Cina seperti yang didakwa Zahid.

Kerana tidak berpuas hati, ketika keluar membeli sedikit barang pada petang tadi, saya sengaja membelinya di beberapa kedai kepunyaan kaum Cina sambil bertanyakan soalan yang saya tidak pasti jawapannya itu.Soalan saya,"Benarkah tarian separuh bogel itu kebudayaan Cina" terpaksa saya tanya secara berhemah, takut mengguris hati pihak yang disoal. Ketika menyoal, saya membawa sekali potongan kenyataan Zahid dan gambar-gambar gadis dalam berita itu.

Hasilnya saya dapati tidak satu pun dari enam orang Cina yang diajukan soalan mengaku tarian separuh bogel adalah budaya Cina. Malah ada yang sangat marah kepada Zahid sambil mencarut, 'ci**i' (bahasa Hokkein, bermaksud kemaluan wanita)! Ada pula yang menyatakan kenyataan Zahid menghina masyarakat Cina, "Itu Umno ingat olang Chin semua jahat aaaa. Nasib baik gua tak lok itu Bukit Gantang, Bukit Selambau wooo, kalau lok sana mesti gua kasi mati sama itu BN".

Jawapan yang saya terima dari enam orang Cina itu tidaklah menggambarkan pendapat umum orang Cina. Mungkin apabila Zahid menyatakan tarian separuh bogel adalah budaya Cina, ia berdasarkan apa yang dia tahu. Mungkin ada pemimpin MCA atau Gerakan yang memberitahunya tarian separuh bogel adalah budaya Cina dan Zahid percaya penuh dengan kenyataan itu.

Jika andaian saya itu benar siapakah gerangan pemimpin Cina yang mungkin meyakinkan Zahid bahawa tarian separuh bogel itu adalah budaya Cina? Tak kan bintang porno tersohor masa kini - Dr Chua Soi Lek - yang berkampung di Bukit Gantang itu kot?

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.