Tuesday, April 7, 2009

Tahniah Mahathir, Sokongmu Membawa Rebah!!



Keputusan rasmi Bukit Gantang
: PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.


Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Keputusan tidak rasmi DUN Bukit Selambau: calon PKR S Manikumar menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008. Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.


Tahniah kepada PR kerana menang di dua bukit dan tahniah juga kepada BN kerana menang di Batang Ai.

Takziah kepada Najib, Muhyiddin, Hishammuddin, Samy Vellu dan barisan kepimpinan BN yang telah berusaha dengan pelbagai taktik licik, tapi masih gagal meruntuhkan bukit yang dibina rakyat.

Takziah juga kepada Tun Dr Mahathir kerana sokongannya berjaya membawa BN rebah di kaki dua bukit. Nasib baik juga Mahathir tidak berkempen di Batang Ai, jika tidak mungkin PR berpeluang menang 3-0.

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.