Sunday, May 31, 2009

Kemenangan PKR Yang Tidak Boleh Diiktiraf

Seperti dijangka Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang - kali ini menang dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya. Jika dalam PRU ke-12 Fairus meraih majoriti sebanyak 2,219, kali ini Dr Mansor Othman mendapat majoriti 5,558 undi iaitu meningkat dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelumnya.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperolehi calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12. Mansor memperoleh 6,052 undi, manakala Fairus dulu memperolehi 7,346 undi. Bermakna undi yang diraih Mansor kurang 1,294 atau hampir 1,300 undi berbanding Fairus.

Apa agaknya berita yang akan dipaparkan oleh media arus perdana BN esok? Katalah Dr Mansor Othman yang menang dengan majoriti 5,558 itu calon BN (dan bukan calon PKR), berita yang mungkin keluar dalam Berita Harian dan Utusan Meloya esok ialah:

- BN menang majoriti besar

- BN menang majoriti 5,558 undi

- BN tambah majoriti dua kali ganda

- BN menang besar, tambah majoriti

- Semua calon bebas kalah teruk dipukul BN

Malangnya kali ini BN yang takut tewas itu telah tidak bertanding. Yang menang dengan majoriti lebih besar itu ialah Dr Mansor Othman, calon PKR. Maka tajuk akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan esok mungkin akan berbunyi seperti ini:

- Undi majoriti PKR merosot 1,300

- PKR hilang 1,300 undi

- Ke mana menghilang 1,300 pengundi PKR?

- 1,300 pengundi PKR berpaling tadah

- Sokongan terhadap PKR semakin merosot

Media BN pasti tahu sebahagian besar pengundi malas hendak mengundi pagi tadi kerana mereka tahu jika mereka tidak keluar mengundi pun PKR pasti akan menang besar. Jika mereka tidak keluar mengundi pun orang lain akan mengundi PKR juga, jadi mengapa susah-susah mengundi. Oleh itu biar saja duduk di rumah di pagi minggu ini main dengan anak cucu. Media BN pasti tahu faktor itu, tapi mereka tidak akan menceritakannya. Apa lagi nak berceita tentang kempen BN supaya jangan keluar mengundi, media BN pasti tak akan sentuh.

Media BN pasti akan cari seribu alasan untuk tidak mengiktiraf kemenangan bergaya PKR. Mereka hanya akan mengiktiraf kemenangan BN, walaupun BN menang hanya dengan majoriti 1 undi ia adalah dikira besar berbanding 5,558 majoriti yang diraih PKR.

Oleh: pendikar gunung kriang

Dahsyat...Iklan Membunuh Manusia Di Mingguan Malaysia!!



"Jika Chin Peng balik, saya orang pertama tunggu di airport bukan untuk meraikannya, tetapi untuk sembelih makhluk ganas itu!"
. Demikian ikrar Mejar (B) Ahmad Shafie Abdul Manas, 59 tahun yang putus tangan kirinya ketika bertempur dengan gerombolan komunis di Lundu Sarawak 38 tahun dahulu; sebagaimana yang dipetik oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Menyembelih orang, tanya saya, menyembelih orang? Tidak pedulilah siapa yang akan disembelih, sama ada seorang komunis,seorang sosialis, seorang demokrat, seorang Hindraf, seorang Islam, Kristian atau Budha, namun hasrat untuk membunuh orang lain yang diiklankan di akhbar adalah satu kenyataan yang sangat tidak bijak. Apa lagi hasrat ganas itu disuarakan oleh seorang bekas anggota pasukan keselamatan yang kini menjadi peguam sepenuh masa dan mahir aspek undang-undang. Sebagai peguam Ahmad Shafie patut sedar manusia tidak dibenarkan mengambil nyawa manusia lain kecuali dalam peperangan atau ia diputuskan oleh Hakim mahkamah.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini terbit dalam akhbar nasional negara ini. Jika ia terbit dalam akhbar negara-negara Barat, bukan sahaja menyembelih manusia, menyembelih haiwan pun akan menerima kutukan dan hukuman. Mujurlah juga kita berada dalam sebuah negara yang belum tinggi tamadunnya, jika di negara Barat, Jepun dan Korea agaknya Ahmad Shafie akan diseret serta merta untuk perbicaraan mahkamah kerana mengiklankan pembunuhan.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini tersiar dalam Mingguan Malaysia, sebuah akhbar pro-kerajaan. Jika ia tersiar dalam Harakah, Suara Keadilan atau Roket pasti ia akan menimbulkan kecaman hebat. Bayangkan jika salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Mamali yang masih hidup mengeluarkan kenyataan, "Jika Mahathir dan Musa Hitam menjejakkan kakinya ke Mamali, saya orang pertama yang akan menunggunya di tepi jalan Kampung Mamali bukan untuk menyambut mereka, tetapi untuk menyembelih pemimpin-pemimpin ganas itu", apa perasaan rakyat Malaysia?

Oleh: pendikar gunung kriang

Saturday, May 30, 2009

Penanti: Datuk Perikatan, Bapa BN, Cucu PKR

Esok pengundi-pengundi Penanti akan membuat perhitungan. Mereka boleh pilih 3 calon bebas, mereka juga boleh pilih calon PKR. Yang mereka tak boleh pilih cuma calon BN kerana BN takut hendak bertanding. Bagi Umno, seperti kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 5,000 ahlinya tidak akan keluar mengundi esok.

"Jika mereka keluar mengundi ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata Datuk Zainal.

Tapi Datuk Zainal silap. Kebanyakan datuk nenek yang ada di Penanti, apa lagi datuk nenek yang sudah meninggal dunia kerana tua, mereka tidak pernah mengundi BN. Bagaimana mereka hendak mengundi BN, sedangkan semasa mereka hidup BN pun belum wujud? Yang wujud ketika mereka hidup ialah PAS, Parti Rakyat, Parti Buruh, UDP, PPP dan Perikatan. Jadi bagaimana mereka hendak mengundi parti yang belum wujud ketika mereka hidup? (Kecualilah mereka yang kahwin muda dan kini sudah bergelar datuk).

Satu lagi tidak semestinya kecenderungan memilih parti antara datuk nenek dan cucu cicit adalah sama. Datuk saya contohnya memang diakui pengundi Perikatan. Bapa saya pula pengundi tegar Perikatan kemudian BN apabila nama parti Perikatan ditukar kepada BN. Ibu saya pernah undi Perikatan, BN dan sejak dua pilihanraya lalu mengundi PAS. Adik saya pula ahli Umno tapi tak pernah mengundi BN. Anak-anak saya sejak Tadika sudah kata BN jahat, bila tiba masanya mereka layak mengundi saya sudah agak parti mana yang mereka tidak akan undi.

Berdasarkan perkara itu apa yang datuk nenek buat tidak semestinya cucu cicit ikut. Datuk sentiasa pakai kain pelikat, nenek pula gemar pakai kain batik. Bapa pula sudah pandai pakai seluar slack. Saya pula ketika santai senang memakai jeans walau di rumah suka pakai kain pelikat. Anak-anak pula jarang lekang dengan jeans dan track suit. Jadi mana sama antara datuk nenek dan cucu cicit. Datuk pangkah Perikatan, bapa pangkah BN, cucu pangkah PAS, PKR dan DAP. Keluarga Datuk Zainal mungkin lain - Datuk bawa keris, bapa hunus keris dan cucu cicit cium keris. Tapi berapa ramai saja keluarga di Penanti seperti keluarga Datuk Zainal?

Oleh: pendikar gunung kriang

Saman Anwar Terhadap Anifah: Anifah Memang Betul!!!

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/09/anifah-aman.jpg

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.

Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.

Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Anifah didakwa membuat kenyataan sedemikian apabila menyatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai `umpan' melompat parti selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa diucapkan oleh Anifah sewaktu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton di Washington pada 16 Mei lalu semasa lawatan kerjanya ke negara tersebut.

(Sumber: star online)


pendikar gunung kriang:

Sekali ini saya sangat bersetuju dengan kenyataan Anifah. Bukan setuju dengan kenyataannya bahawa Anwar pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya. Tapi saya setuju bahawa Anifah patut berasa bangga kerana disaman RM100 juta.

Dengan menyaman Anifah dengan nilai RM100 juta telah meletakkan namanya setaraf dengan Dr Mahathir, Samy Vellu dan Khairy Jamaluddin yang pernah disaman oleh Anwar sebelum ini juga dengan nilai RM100 juta. Anwar juga pernah menyaman Dr Chandra Muzaffar dan mantan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong, tapi jumlahnya adalah lebih kecil - RM10 juta.

Siapa gerangan Anifah yang nilainya setaraf dengan Dr Mahathir yang bertaraf negarawan dan Samy Vellu yang merupakan veteran BN itu? Anifah adalah orang yang tidak laku lagi dalam politik Umno, malahan politik Sabah pun. Apabila dilantik sebagai Menteri Luar adalah semata-mata untuk memenuhi kuota kepada Umno Sabah yang sebelum ini kelihatan 'merajuk' dengan kepimpinan Umno Semenanjung. Tapi Menteri Luar adalah jawatan yang paling tidak berpengaruh kerana tidak ada apa yang dapat dibuatnya di dalam negara.

Jika saya jadi Anwar saya tidak akan menyamannya dengan nilai RM100 juta, malah RM10 juta, RM1 juta dan RM100,000 pun dia tidak layak. Dalam hal ini mungkin cara Shahidan Kassim menilai orang lebih bijak dari cara Anwar. Beberapa tahun dahulu ketikaseorang pemain bolasepak Perlis (kalau tidak silap Yusri Che Lah) mengugut hendak meninggalkan Perlis, Shahidan yang berang telah membuat kenyataan akhbar untuk menjual pemain itu dengan nilai RM1.00 sahaja! Baginya pemain itu walaupun begitu glamour dan besar kepala ketika itu, tapi tidak bernilai untuk Perlis.

Tapi bagi saya untuk seorang Anifah yang merupakan ahli politik yang sudah luput tarikh itu nilai RM1.00 untuknya pun terlalu besar. Kalau saya jadi Anwar saya akan menyamannya dengan nilai 50 sen atau 1 sen saja, setaraf dengan Anifah yang sudah tidak laku itu!

Jadi untuk kali ini saya setuju dengan Anifah dia patut berbangga kerana disaman sebanyak RM100 juta, setaraf dengan seorang mantan Perdana Menteri. Saya bersetuju dengan Anifah RM100 juta terlalu tinggi untuk ahli politik yang hanya bernilai 1 sen itu!

Friday, May 29, 2009

PKFZ: Kerajaan Negeri Selangor Berpindah Ke Kayangan?


Saya tak ingat sudah berapa kali saya baca kenyataan Khir Toyo mengenai isu PKFZ tersebut. Memang saya baca tak sampai 100 kali, tapi seperti tak kurang dari 10 kali. Teruk sangatkah daya ingatan saya hingga tak boleh faham kenyatan Khir Toyo itu? Khir Toyo bukan buat kenyataan dalam Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Tagalog atau Bahasa Jawa Kuno yang saya memang tak faham langsung. Tapi saya membaca kenyataannya dalam Bahasa Melayu. Tapi mengapa saya tak faham apa yang Khir Toyo cakap?

Khir Toyo kata tanah tapak projek diberi oleh Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Dimensi. Tapi Khir kata dia tak tahu langsung mengenai projek itu. Rahman Palil pun tak terlibat secara langsung dalam pelaksanaannya. Malah Exco pun tak pernah bincang mengenainya. Apa ni, Kerajaan Negeri beri, tapi tak siapa tahu.

Tanah yang menjadi isu kes ini terletak di Selangor. Setiap pindah milik dan pembangunan tanah ikut undang-undang tanah (Kanun Tanah Negara) perlu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Siapa Kerajaan Negeri? Kerajaan Negeri ialah jentera pentadbiran negeri yang diketuai oleh Menteri Besar dan barisan Exconya. Tapi Khir kata Kerajaan Negeri (terdiri dari Menteri Besar dan EXCOnya) beri tanah itu kepada Kumpulan Dimensi, tapi Menteri Besar dan EXCO pula tidak tahu mengenainya. Apa maksud kenyataan Khir Toyo itu? Keliru sungguh! Yang beri Menteri Besar dan EXCO, tapi mereka tidak tahu langsung mengenainya. Dia silap cakapkah atau saya yang silap dengar? Tapi masalahnya saya membaca kenyataannya dalam Bahasa Melayu, bukan Bahasa Tagalog, bukan Bahasa Jawa Kuno, bukan bahasa tempe goreng!

Atau Kerajaan Negeri Selangor semasa BN itu terletak di kayangan di mana Menteri Besar dan EXCO bukan sebahagian dari Kerajaan Negeri?

Saya nak baca lagi maksud kata-kata Khir Toyo itu sekali lagi lepas ini. Kalau tak faham juga mungkin benar Khir bercakap dalam bahasa tempe goreng! Kalau memang sah dia bercakap dalam bahasa tempe goreng, esok saya kena pergi beli kamus terjemahan bahasa tempe goreng-Bahasa Melayu. Lepas itu bolehlah saya buat terjemahan untuk memahami kata-katanya.

Tapi di toko buku mana ada jual kamus terjemahan bahasa tempe goreng-Bahasa Melayu? Jika pembaca tahu, sila maklumkan saya!
Oleh: pendikar gunung kriang

Bacul Atau Tidak Profesional?


Sekarang debat antara Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan rakan sejawatannya dalam PAS Datuk Husam Musa secara langsung di TV9 yang tidak dapat dilangsungkan kerana kegaggalan Zahid untuk hadir Selasa lalu telah memasuki satu polemik baru. Hari ini tiba-tiba Zahid mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah mengesahkan akan hadir dalam debat itu.

Pelik, amat pelik. Husam mendapat jemputan yang mengesahkan Zahid akan hadir, tapi Zahid pula berkata dia tidak pernah mengesahkan kehadirannya. Mengapa itu yang berlaku?Di mana silapnya?

Siapa pendusta, siapa penipu, siapa tidak profesional? Adakah TV9 bekerja secara tidak profesional, buat jemputan dan tanpa menunggu pengesahan Zahid terus beriya-ia buat persediaan untuk debat termasuk mengadakan iklan sehingga hampir 1 Malaysia tahu mengenainya? Seperti kata Husam iklan keluar berdegar-degar tapi akhirnya debat tak jadi! Jika orang percaya dengan kata-kata Zahid, mereka akan kata stesen TV swasta itulah yang tak pandai buat kerja, tak profesional langsung!

Tapi benarkah TV9 tidak profesional sedangkan semua rancangan debat dan rancangan-rancangan siaran langsung lain yang diadakan sebelum ini tidak pernah gagal? Mengapa apabila ia membabitkan Zahid ia boleh gagal pula? Apa yang tak kenanya? Atau seperti yang 1 Malaysia yakin memang Zahid tiada keberanian untuk hadir berdebat dan TV9 cuma kambing hitam kepada kebaculan Zahid? Semua orang 1 Malaysia tahu debat bakal berlangsung kerana iklan mengenainya sentiasa terpapar di skrin TV. Adakah Zahid yang pernah menjadi Timbalan Menteri Penerangan tidak pernah menyaksikan iklan TV mengenai perdebatan yang bakal berlangsung? Jika iklan debat itu pernah disaksikannya, jika iklan debat itu dalam dalam pengetahuannya, mengapa dia yang tidak dapat hadir membiarkannya dan hari ini baru hendak beritahu dia tidak pernah mengesahkan kehadirannya? Sekali lagi pelik, pelik, pelik, Zahid Menteri Pertahanan yang pelik!

Apa pun yang sebenarnya terjadi - sama ada TV9 tidak profesional atau Zahid yang bacul - ia tidak menjejaskan imej Husam yang bakal bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS itu. Yang imejnya tercalar ialah TV9 yang boleh dituduh tak pandai buat kerja dan tidak profesional atau Zahid yang kelihatan sebagai Menteri bacul yang menjaga Tentera.

Oleh
: pendikar gunung kriang

Rupanya Ibu Bapaku Juga Seperti Chin Peng!!

http://media1.malaysiakini.com/103/612bd6abe5d7300167151835b4fdf7d7.jpg

Pakar sejarah, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan dalam petikan berita BERNAMA bsemalam bahawa Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain. Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta sejarah kelahiran Chin Peng yang dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding. Daerah Dinding semasa itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British. Oleh itu beliau adalah warganegara British!!

"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British. Maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada BERNAMA ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Oh, jadi Chin Peng tidak diiktiraf oleh Profesor itu sebagai rakyat Malaysia sebaliknya rakyat British semata-mata kerana Chin Peng dilahirkan ketika tempat kelahirannya masih di bawah taklukan British. Saya sangat terkejut dengan kesimpulan pakar sejarah kita itu. Jika berdasarkan kesimpulan yang sama, ibu dan ayah saya yang dilahirkan di Pulau Pinang sebelum tahun 1941 juga adalah rakyat British! Jadi ibu bapa saya juga seperti Chin Peng!! Bila balik kampung nanti saya hendak beritahu perkara ini kepada ibu saya (ayah saya sudah meninggal dunia). Saya hendak syorkan ibu saya supaya pergi ke Kedutaan British atau pejabat konsulatnya, manalah tahu sebagai warga negara British ibu saya diberi penerbangan percuma untuk melawat negara asalnya!

Saya kira Prof Khoo terlupa satu fakta dalam isu ini: mereka yang lahir di negeri-negeri Selat termasuk ibu dan allayarham ayah saya telah diberi taraf kewarganegaraan automatik Malaya selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948. Jika ibu dan ayah saya merupakan warganegara Malaya yang sah, mengapa tidak Chin Peng?

Kadang-kadang seronok juga menikmati sejarah yang digarap oleh tokoh-tokoh yang ada kecenderungan politik kerana sekonyong-konyong cempedak pun boleh diubahsuai menjadi nangka!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Thursday, May 28, 2009

Timbalan Mufti Perak: Haram Hakim Rampas Hak Orang Lain

Saya tersangat jarang mengikuti siaran radio Klasik Nasional. Jika mendengarnya pun adalah kerana 'tersesat' siaran semasa dalam kenderaan. Mendengar lagu lama dalam Klasik Nasional sesekali memang sedap, tapi entah mengapa saya tidak begitu teruja untuk terus mengikutinya. Jika dalam kereta saya lebih suka memasang siaran radio Sinar FM atau kadang-kadang Hot FM dan Radio Ikim yang kandungannya lebih segar.

Tapi sebentar tadi saya terbaca dalam blog Suara Prima yang dikendalikan oleh Sasterawan Dharmala NS yang bercerita tentang takzirah Timbalan Mufti Perak dalam radio Klasik Nasional jam 6.45 petang tadi. Menurut blog itu, Timbalan Mufti dalam takzirahnya itu telah menyatakan antara lain bahawa hakim yang boleh disogok untuk memberikan hak orang lain kepada yang tidak berhak adalah haram kerana ditakrif sebagai rasuah berdasarkan ayat 188 surah al-Baqarah, yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,pada hal kamu mengetahui."

Ketika Mufti Perak akhir-akhir ini galak bercakap seperti ahli politik dari parti pemerintah, termasuk ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, namun Allah mengurniakan untuk Perak seorang Timbalan Mufti yang berani berkata benar. Walaupun beliau cuma seorang Timbalan Mufti, tetapi ketelusannya memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh sintemen kepartian seperti yang dilakukan ketuanya harus dihormati.

Oleh: pendikar gunung kriangl

Alahai BN, Perangkap Cap Komunis Dah Tak Laku Le!



Saya sebenarnya sangat malas hendak membangkitkan isu komunisme dalam blog ini. Tapi saya nampak isu komunisme ini sudah masuk minggu kedua dimainkan dalam media kita. Entah bila media akan menghentikan perbincangan mengenainya tak tahulah. Yang menyebabkan isu komunisme ini menjadi meriah ialah kerana ramai pula menteri yang bercakap menenainya - Perdana Menteri, Zahid Hamidi, Rais Yatim dan lain-lain. Terbaru RTM kabarnya akan menayangkan semula dokumentari mengenai kekejaman PKM di Malaysia.
Apa agenda sebenar membangkitkan semula kisah-kisah lama ini?

Saya pernah tulis dalam blog ini beberapa hari lepas bahawa isu kepulangan Chin Peng yang dibangkitkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan hanyalah satu episod sandiwara BN bagi memecah belahkan perpaduan masyarakat dan dengan itu mereka dapat meraih semula sokongan orang Melayu kepada Umno dan orang Cina kepada Gerakan. Sekarang isu Chin Peng dikembangkan lagi dengan mengungkit semula perjuangan PKM yang dikatakan membunuh ramai mereka yang tidak berdosa itu. Maka apabila isu PKM yang ramai terdiri dari orang Cina membunuh rakyat dan pasukan keselamatan yang ramai terdiri dari orang Melayu, isu PKM telah pula menjadi isu perkauman, isu Cina membunuh Melayu, isu Melayu membunuh Cina! Satu episod lama yang semakin dilupakan itu, tiba-tiba segar semula dalam ingatan orang Melayu dan Cina.

Bila isu perkauman ini ditiupkan semula dengan begitu halus, BN berharap akan mendapat keberuntungan. Umno berharap orang Melayu yang curiga bahawa orang Cina akan berkuasa seperti zaman Bintang Tiga akan menyokong semula Umno. Gerakan dan MCA pula berharap dengan mengungkit balik kisah -kisah lama itu akan mengingatkan semula orang-orang Cina kepada 'kekejaman' pasukan keselamatan terhadap orang-orang Cina yang disyaki bersubahat dengan komunis dahulu di mana ada yang ditahan tanpa bicara bertahun-tahun dan ada juga dilaporkan berlaku kes-kes pembunuhan yang nampak seperti tidak sengaja.

Namun satu hakikat yang pemimpin Umno-BN lupa ialah tahap pendididikan rakyat semakin tinggi dan propaganda murahan seperti ini tidak dapat diterima lagi oleh rakyat. Perangkap jenama Chin Peng dan komunisme tidak laku lagi kini dan walaupun media cuba menabur gula-gula menerusi TV3 dan RTM namun jebak perkauman BN sekali ini pasti tidak akan mengena. Lalu BN lepas ini perlu mencari 'jerat' baru pula yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat bagi mengembalikan semula sokongan mereka terhadap parti-parti komponen BN.

Oleh: pendikar gunung kriangl

Penanti: SPR Double Standard Lagi!!


Banyak sungguh cerita lawak di Penanti. Belum lagi habis pengundi Penanti terkekeh-kekeh ketawa dengan 2 episod cerita lawak yang dipersembahkan oleh Mak Cik Minah Ronggeng, hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula buat lawak dengan bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan DUN Penanti atas alasan calon parti itu tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.


"Setakat ini tiada tindakan diambil (terhadap DAP). Cuma kita turunkan bendera parti itu dan serahkan bendera itu kepada parti terbabit," kata Timbalan Pengarah SPR Pulau Pinang, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin, seperti yang diapor Bernama. Katanya, parti politik yang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei ini, tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

dsc00159


Yang lawaknya ialah apabila Umno-BN menaikkan benderanya di Penanti tidak pula ada usaha SPR untuk menurunkannya. Bukankah BN juga tidak bertanding di Penanti, tapi mengapa bendera Umno-BN yang dinaikkan tidak pula SPR cuba menurunkannya? DAP boleh kata benderanya dinaikkan sebagai sokongan moral kepada PKR, tapi Umno-BN apa alasannya dan yang lebih penting mengaapa SPR tidak berani menurunkannya?

Mungkinkah SPR cuba membuktikan kepada Perdana Menteri bahawa di negara 1 Malaysia ini ada 2 set undang-undang: satu untuk BN dan satu lagi untuk PR? Untuk Umno-BN semua mereka buat boleh, tapi jika PR melakukan perkara yang sama semuanya tak boleh. Double standard sungguh SPR!!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Hot....Kelibat RPK Kelihatan Di Chow Kit Semalam!!

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/petrawei.jpg

Sebentar tadi penulis bersama beberapa orang rakan menunaikan solat zohor di Masjid Pakistan dekat Chow Kit. Selesai solat, kami menuju ke warung Pakistan dalam kawasan masjid untuk menikmati capati, gulai kambing dan teh kapala.


Sedang enak menikmati juadah, seorang rakan memecah bicara,"Eh kau orang tengok tu, apa pasal Raja Petra ada kat sini, bukan ke dia kat Brisbane (Australia)?

"Hairan aku, kenapa dia sorang-sorang, tak nampak Kak Marina pun (Marina Lee Abdullah, isteri Raja Petra)," sambungnya lagi.

Kami masing-masing terdiam dan terpaku seketika, terus berhenti mengunyah makanan. Masing-masing menoleh kepada sosok yang dimaksudkan oleh rakan tadi.

Seorang lelaki mirip Raja Petra, bercermin mata, berbaju putih pagoda dengan seluar jeans biru. Mundar mandir di kawasan masjid, seolah-olah sedang menunggu seseorang ataupun mencari sesuatu.

Melihat sekali imbas, wajahnya hampir serupa dengan Raja Petra, tetapi lelaki itu berjambang dan agak tinggi sedikit berbanding Raja Petra.

"Eh..bukan Raja Petra lah..aku selalu jumpa dia, mana dia ada jambang," kata seorang rakan.

"Mana tau kalau-kalau dia nak elak polis, dia pakai jambang. Tapi setahu aku tak pernah pulak aku tengok Raja Petra pegang tasbih sambil berjalan-jalan dalam kawasan masjid macam tu," kata rakan lain.

"Kan polis Malaysia terbaik di dunia (the best in the world seperti kata blogger penarik beca), tak kan tak tahu Raja Petra ada kat mana," kata rakan saya.

Lelaki tersebut agaknya sedar tingkah lakunya diperkatakan, lalu berhenti seketika memandang kami. Kami buat-buat tidak memandang beliau, kami terus mengalihkan perbualan ke topik lain, sambil menikmati capati berlauk kambing.

Tiba-tiba seorang pekerja di warung tersebut menyapa lelaki berkenaan, bercakaplah mereka dalam bahasa Urdu (Pakistan) yang tidak kami fahami, kecuali sepatah dua 'acca', 'nehi' seperti dalam filem Hindustan.

"Bukan Raja Petra lah, bila pulak Raja Petra cakap Urdu," kata seorang rakan sambil ketawa.

Kami berempat turut ketawa besar. Ketawa kerana sensitiviti seorang rakan yang begitu mengikuti perkembangan Raja Petra yang sedang dicari polis sekarang ini.

Semoga Raja Petra terus kuat dan dilindungi Yang Maha Kuasa.

- Mohd Rashidi Hassan


(Sumber: Kelab Greenboc)

Wednesday, May 27, 2009

Kesiannya Mak Cik Minah...Ronggeng Tunggang Langgang!

Ewah...ewah....laku betul Mak Cik Minah Ronggeng akhir-akhir ni. Jika dulu tiada siapa 1 Malaysia yang kenal Mak Cik Minah, nama pun tak pernah dengar, tapi sejak jadi calon bebas, namanya tiba-tiba meletup 1 Malaysia! Cara dia meletupkan namanya sungguh mudah: cipta kontroversi. Sama ada orang mentertawakan koleksi cerita kartunnya itu hal lain. Yang penting setiap malam dengan wajah seperti orang mengantuk dengan dibantu oleh suara tergagap-gagapnya itu masuk TV.

Dan malam ini dalam Berita TV jam 8.00 malam wajah lesu Mak Cik Minah Ronggeng keluar lagi. Kali ini dia keluarkan kontroversi kedua pula - Mak Cik Minah menyatakan akan membongkar 'satu peristiwa di sebuah hotel' yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Ketika itu hati saya tertanya-tanya, "Eh, mengapa pula Datuk Zahrain? Kenapa Mak Cik tak menyerang Dr Mansor Othman, calon PKR yang bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat Penanti? Pengundi Penanti bukannya hendak memangkah Datuk Zahrain, dia tidak bertanding pun."

Yang paling mencuit hati saya bila tiba ke adegan penting dedah mendedah ni:

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di......", tiba-tiba Mak Cik Minah terlupa skrip yang barangkali dihafalnya sejak dari rumah itu, "Hotel mana...?", terdengar dia berbisik kepada seseorang di sebelahnya.

"Hotel di Nibong Tebal...Jawi", kata satu suara lelaki di sebelahnya.

"Ya...hotel di Jawi pada...pada... 2007" sambung Mak Cik Minah tergagap-gagap, "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah."

Terdengar lepas itu beberapa wartawan bertanya fakta lanjut kes yang diadukannya itu - hotel mana dan tarikh sebenar kejadian berlaku. Tapi Mak Cik Minah yang mulanya kelihatan terping-pinga kemudiannya enggan menjawab soalan itu. Mungkin skrip ceritanya belum siaplah tu, pikir saya.

Saya ketawa berdekah-dekah melihat cara Mak Cik Minah Ronggeng mempersembahkan ceritanya. Sudahlah tergagap-gagap, hilang fakta pula tu. Dalam hati saya tertanya-tanya tahukah dia Jawi itu di mana? (Jawi ialah sebuah pekan kecil di Seberang Perai Selatan). Dan jika sudah ada fakta mengenai Datuk Zahrin mengapa tidak buat pengumuman terus tadi? Atau lebih cantik mengapa tidak buat laporan terus kepada pihak berwajib selepas sahaja 'peristiwa' itu berlaku dan kena tunggu menjelang PRK Penanti? Ataukah Mak Cik Minah belum bersedia memberi jawapan kerana skrip ceritanya ketika ini belum disiapkan sepenuhnya oleh pembantunya?

Apapun, kesian Mak Cik Minah di TV tadi. Patutlah Azmin Ali menggelarnya Mak Cik Minah Ronggeng, cakap pun tergagap-gagap tunggang langgang!

Oleh: pendikar gunung kriang

Cermin-Cerminlah Diri Dulu Mak Cik Minah Ronggeng Ooiii...



Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.


pkr national congress 301108 azmin aliBerucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) 'mencerminkan' dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng', kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.

"Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?" soalnya.

Oleh itu, katanya, 'Minah Ronggeng' tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.

(Sumber: Malaysiakini)

pendikar gunung kriang: Baru sebentar tadi saya nampak lagi wajah Minah Ronggeng ni dalam berita TV. Seperti biasa, mak cik kita sorang ni cakap tergagap-gagap tanpa keyakinan diri. Kononnya nak buat tuduhan kepada Datuk Zahrain Pengerusi PKR Pulau Pinang, tapi fakta tiada dengannya. Lalu terpaksa tanya orang sebelah faktanya untuk dijawab kepada pemberita. Ada hajat nak bercakap, tapi tak ada fakta, kesian dan kartun sungguh mak cik Minah Ronggeng ni!!

Tak Sangka Terror Juga Mak Cik Minah Penanti

http://2.bp.blogspot.com/_wwYoO9xevqU/Se6zAAVZYPI/AAAAAAAAAMk/klzFzJzuam4/s400/aminah+xpkr.jpg


Sebenarnya saya nak tulis mengenai Mak Cik Minah Penanti ni malam tadi. Tapi ketidak hadiran Zahid Hamidi dalam debat dengan Husam Musa di NTV7 malam tadi menyebabkan mood saya untuk tulis mengenai Mak Cik Minah terhenti - potong stim betoi Zahid Hamidi!

Yang saya hendak tulis ini mengenai CD pengakuan Mak Cik Minah yang kononnya disogok oleh 2 orang kanan PKR Pulau Pinang. Ramai pasti yang telah mendengar audio tersebut. Jika diamati CD audio tersebut, tak nampak sesuatu yang luar biasa pun yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Orang kalau hendak hulur rasuah mereka akan buat tawaran lumayan dengan nada yang serius. Mana ada gelak-gelak terkekeh-kekeh seperti dua orang PKR itu. Mereka jumpa Mak Cik Minah kerana dijemput makan. Sambil makan sambil sembang-sembang kosong penuh santai. Lalu keluarlah pelbagai lawak jenaka untuk menceriakan suasana dengan kawan lama yang lama tak jumpa yang kebetulan tidak lagi berada dalam satu parti yang sama.

Sambil berbual secara santai penuh hilai tawa itulah timbullah soal 'kalau' itu dan 'kalau' ini. Antaranya, kalau Aminah nak tarik diri dari pilihanraya macam mana? Kalau Aminah menang pilihanraya tu macam mana? Kalau Aminah jadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran macam mana? Kalau Minah jadi TKM 1 ganti Fairus macam mana? Dan satu lagi: kalau dapat RM80,000 macam mana, ha...ha...ha...!! Begitulah seterusnya kalau.....kalau....kalau, semuanya mengenai 'kalau', macam angan-angan Mat Jenin yang penuh dengan 'kalau ' itu.

Tidak sangka pula tawaran suka-suka dua orang Mat Jenin PKR itu dirakamkan oleh Mak Cik Minah pula. Tak sangka juga Mak Cik Minah ni terror juga dalam soal pasang-pasang perangkap ni. Apapun, tahniah Mak Cik Minah, orang lain jalan-jalan sambil makan dia pula pasang perangkap sambil makan!

Oleh: pendikar gunung kriang

Tuesday, May 26, 2009

Polis Mabuk di Penanti: 1 Malaysia 2 Undang-Undang

Masa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dulu, polis memberitahu parti yang tidak bertanding tidak boleh pasang poster dan bendera serta tak boleh anjurkan ceramah. Sebab itu poster PAS tak dibenarkan dipasang di Bukit Selambau, manakala poster PKR tak boleh dipasang di Bukit Gantang.


dsc00159

Tapi di Penanti lain pula ceritanya. BN tak bertanding tapi difahamkan ceramah yang dianjurkan oleh parti itu dibenarkan, dikeluarkan permit polis pula tu. Begitu juga bendera Umno dan BN boleh pula dinaikkan di Penanti tanpa masalah. Polis pun tak mai turunkan bendera Umno-BN seperti yang depa buat terhadap PAS dan PKR di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mungkin Musa Hassan tok ketua besar polis tu tak faham falsafah 1 Malaysia Najib kot? Kalau dia faham tentu 1 Malaysia akan diterjemahkan menerusi tindakan 1 Malaysia 1 Undang-undang, bukannya 1 Malaysia 2 undang-undang - untuk PR undang-undang yang semuanya tak boleh, untuk BN undang-undang yang semuanya boleh.Mabuk kot depa nie, gila babi betoi!!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Zahid Tak Mai Debat Sebab Sakit Teloq??

http://jiwokelate.files.wordpress.com/2008/10/husam2.jpghttp://thestar.com.my/archives/2008/7/30/nation/n_14zahid.jpg

Saya tengah marah betoi niih...marah betoiii!! Mana tak marahnya, kita balik cepat-cepat ke rumah nak tengok debat antara Husam Musa dengan Zahid Hamidi di NTV7 atas tajuk Rasuah Politik yang dijadualkan pada 9.30 malam, tapi tiba-tiba diberitahu Zahid tak jadi hadir. Kita korbankan masa malam yang berharga ini untuk saksikan debat tiba-tiba tak jadi pula! Yang ada di tv ialah Ezam Sesumpah yang berdebat tanpa pasangan ditemani moderator Prof Madya Dr Agus.

Apa kena Zahid nih, dah confirm nak hadir, tapi tiba-tiba tak jadi pula? Mungkin dia akan memberi seribu alasan esok. Tapi apa alasannya pun saya mesti tak percaya. Jika dia kata dia Menteri yang sibuk, saya akan kata saya ialah Perdana Menteri dalam rumah saya yang juga sibuk. Tapi bagaimana sibuknya saya pun, jika janji tetap janji. Lainlah jika ada urusan antara hidup dan mati, ia boleh ditangguh. Tapi jika ada alasan lain bukan antara hidup dan mati lantas janji tak dapat ditunaikan, itu tak boleh saya terima, tak boleh terima!

Tapi memandangkan hingga kini saya belum tahu apa alasan Zahid, saya pun buat-buat andaian sendiri mengapa Zahid tak jadi datang. Mungkin juga Zahid ada alasan tersendiri yang membabitkan antara hidup dan mati? Tapi apa dia? Ada keluarga terdekatnya meninggal ke?

Atau Zahid sakit teloq? Saya kata Zahid sakit teloq sebab semasa ditahan ISA bulan Disember 1998 dulu ada orang beritahu teloqnya telah dipulas dengan begitu kuat oleh pasukan penyiasat SB hingga menyebabkan belum apa-apa lagi dia sudah menangis dan terus membuat pelbagai pengakuan. Masa tu baru tahanan lain tau, rupanya Zahid ini tak tahan sakit, terutama yang melibatkan teloq! Jika orang lain ditahan ISA selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun, tapi Zahid yang alah dengan pulasan teloq itu terus buat pengakuan dan sebagai balasan dia hanya ditahan di bawah ISA selama dua hari dua malam saja!

Jadi jika andaian saya betul, sahlah Zahid tak dapat datang hadiri debat NTV7 sebab dia sakit teloq yang juga di bawah kategori antara hidup dan mati!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Roh Komunis Masih Kuat Dalam Umno!!








Saya tidak dapat menahan ketawa apabila membaca kenyataan Dr. Rais Yatim kelmarin yang menyatakan "tiada tempat untuk komunis di Malaysia".


Tiada tempat untuk komunis di Malaysia? Tiba-tiba saja Rais bercakap macam orang nyanyuk, orang yang tidak mengenali sejarah negara sendiri.

Komunis bukan saja ada tempat di Malaysia, tapi sudah lama bertempat di negara ini, lama sebelum Dato Onn pengasas Umno itu mendapat ilham untuk menubuhkan Umno. Partai Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu 16 tahun sebelum Umno ditubuhkan pada 1946. Jika Umno menganggap ia parti tertua di negara ini tapi PKM adalah 16 tahun lebih tua berbanding Umno. Jika Umno menganggap ia berjuang menentang penjajah, PKM juga berjuang menentang penjajah 16 tahun sebelum Umno lagi. Malah PKM bukan saja berjuang menentang British, tetapi juga menentang Jepun dengan melahirkan sayap yang bersekutu dengannya bernama Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Yang membezakan perjuangan mereka menentang penjajah barangkali cuma satu - PKM berjuang dengan darah dan keringat, manakala Umno lebih kepada perjuangan menerusi persefahaman dan persahabatan dengan British. Jadi kenyataan Rais bahawa komunis tiada tempat di negara ini sangat lucu, kerana mereka telah wujud di sini sejak hampir 80 tahun dahulu lagi!

Walupun Umno ingin mahu kelihatan berbeza dengan komunis, tetapi antara dua parti itu banyak persamaannya. Persamaan itulah yang menyebabkan kerajaan membenarkan kedutaan negara-negara komunis dibina di negara ini bermula dengan Soviet Union pada 1967 dan akhirnya Republik Rakyat Cina pada tahun 1974. Jadi jika sudah begitu lama kita mengiktiraf negara komunis dan membenarkan kedutaan mereka bertapak dan bertempat di sini, mengapa Dr Rais kata tiada tempat untuk komunisme?

Dan yang lebih aneh tentang komunisme di negara ini ialah hubungan erat pemimpin-pemimpin Umno dengan gerakan komunis itu sendiri. Pada tahun 1976, dua tokoh Umno, Datuk Abdullah Ahmad (Setiausaha Politik Tun Razak dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Abdullah Majid (Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA kerana dituduh bersubahat dengan anasir komunis untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Tidak lama lepas itu, seorang lagi orang kuat Umno - Sidek Ghouse yang juga Setiausaha Politik Dr Mahathir juga ditahan polis atas tuduhan menjadi agen KGB iaitu polis rahsia Soviet yang sangat digeruni itu.

Jadi jika sejarah telah membuktikan komunisme itu begitu rapat dengan kepimpinan Umno, bagaimana Dr Rais boleh menyatakan fahaman yang telah lama bertempat di negara ini, malah bersarang dalam minda pemimpin-pemimpin Umno itu, sebagai tiada tempat? Apa yang tiada tempatnya jika komunisme sudah lama bertempat?

Satu lagi jika komunisme tiada tempat di negara ini mengapa ciri-ciri negara komunis masih diamalkan di Malaysia? Tahan tanpa bicara, tiada kebebasan akhbar dan pilihanraya tidak telus adalah antara ciri-ciri biasa di negara komunis dan perkara yang sama masih berlaku di Malaysia. Walaupun komunisme telah runtuh di Eropah Timur sejak awal tahun 1990an, namun sistem kediktatoran komunis masih dijadikan asas pemerintahan negara ini yang diterajui Umno dari dahulu sehingga sekarang. Dengan kata-kata lain roh komunis masih sangat kuat dalam jiwa Umno.

Justru Dr Rais, bacalah kembali sejarah negara, sejarah perjuangan komunis dan hubungan komunisme dengan Umno itu sendiri. Anda tidak perlu takut dan terkejut dengan blog pro-komunis yang baru muncul tersebut kerana ciri-ciri komunisme sememangnya masih kuat dalam roh Umno itu sendiri.
Oleh: pendikar gunung kriang

Tak Mau Makan Salah, Makan Berjuta-Juta Tak Salah

Aneh negara ini, tak mau makan pun salah! Itulah yang terjadi kepada lima pekerja syarikat pengurusan acara yang ditahan polis sewaktu sedang menyiapkan khemah untuk acara kempen mogok lapar Pakatan Rakyat yang mendesak DUN Perak dibubarkan. Mereka ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu bag imenghadapi sebarang kemungkinan dari mereka yang sedang meraikan kelaparan mereka.

Rupanya di negara 1 Malaysia ini tak mau makan @ mogok lapar adalah satu kesalahan besar. Sesiapa yang tidak mahu makan boleh ditahan serta merta, tidak tahulah atas tuduhan apa. Mungkinkah atas tuduhan menzalimi perut mereka sendiri?

Yang tidak pernah menjadi kesalahan di negara 1 Malaysia ini ialah makan, makan sebanyak manapun, walaupun secara membazir ia bukan kesalahan. Sebab kita tidak dilarang makanlah, maka ada kedai makan dibuka 24 jam, restoran mamak sentiasa penuh dan warung teh tarik dibuka hingga dinihari.

Satu lagi yang tidak menjadi kesalahan ialah makan suap. Makanlah sebanyak mana pun, SPRM pura-pura pejam mata sahaja, kecuali jika ia membabitkan orang PR. Jika mereka orang BN, boleh makan kenyang duit haram itu, kerana makan suap bukan kesalahan besar di negara ini. Kesalahan besar di negara ini ialah jika tak mau makan seperti yang berlaku di depan Wisma DAP.

Oleh: pendikar gunung kriang

Memilih Aminah Di Penanti Bermakna Menzaliminya!!

Salah satu pra-syarat untuk menjadi ahli politik berkaliber apa lagi wakil rakyat ialah ketangkasan berhujah dan kepintaran memulas dan mematikan terjahan lawan. Ilmu bijak berkomunikasi ini kadang-kadang timbul secara semula jadi dan tidak perlu berkelulusan tinggi. Penjual ubat dan peraih ikan di pasar pun seringkali pandai berhujah untuk menarik pembeli mendekati mereka, apa lagi pemimpin politik.

Dalam berita TV malam tadi saya ternampak calon Bebas dalam PRK Penanti, Aminah Abdullah sedang membaca kenyataan akhbar mengenai sogokan RM80,000 yang konon cuba diberikan kepadanya. Saya nampak dia baca teks yang telah disediakan dengan suara agak tergagap-gagap dan seperti tiada keyakinan diri.

Melihat cara dia bercakap yang tergagap-gagap itu saja tidak meyakinkan saya dia adalah pemimpin yang wajar diangkat sebagai Wakil Rakyat. Melihat cara dia bercakap saja meyakinkan saya jika diajak berdebat mengenai isu-isu negara, mungkin mak cik ini akan mudah sangat ditundukkan. Saya pun tidak faham mengapa watak sepertinya boleh menjawat satu jawatan yang tinggi dalam PKR dahulu.

Bagi saya berdasarkan penampilan pertama beliau yang saya lihat dalam media itu, tempat yang paling sesuai untuknya ialah di rumah, menjaga cucu atau setidak-tidaknya menjaga kebajikan suami dengan tinggal dalam rumah sambil memasak dan mengemas rumah. Sangat tidak sesuai susuk yang tidak nampak seperti orang politik ini menceburi bidang politik yang penuh ranjau dan duri itu.

Saya tidak yakin majoriti pengundi Penanti akan terpikat dengan penampilan Mak Cik Minah. Tapi jika ditakdirkan mak cik itu memenangi PRK Penanti bermakna pengundi-pengundi telah menzalimi Mak Cik Minah dengan memaksa beliau menggalas satu beban yang dia nampak tidak berupaya menanggungnya. Jadi kepada pengundi Penanti, kita berharap tidak menzalimi Mak Cik Minah dengan mengundinya. Kasihanilah Mak Cik Minah yang lebih beketrampilan sebagai suri rumah sepenuh masa dan bukannya ahli politik itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

Monday, May 25, 2009

Murahnya Mak Cik Minah Penanti, Sama Dengan Harga Lembu!!

http://www.klpos.com/news/2009/04/22/5_1.jpg

Pagi tadi Aminah Abdullah, calon Bebas dalam PRK Penanti mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama seseorang yang didakwa sebagai wakil PKR yang cuba menawarkan sogokan kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 sebagai ganti rugi dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Kalau tanya saya boleh percaya ke PKR yang selalu melaungkan slogan anti-rasuah itu pun dua kali lima saja dengan Umno yang memang terkenal 1 Malaysia sebagai parti yang suka menyogok dan menerima sogokan? Saya akan kata mengapa tidak boleh percaya? Dalam politik 1 Malaysia ini semua berita yang tersebar kita kena percaya - Najib berkhalwat dengan penyanyi wanita di Port Dickson kita kena percaya, Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya kita kena percaya, Rosmah berada di tempat pembunuhan Altantuya kita kena percaya, Najib pernah mengadakan hubungan sex luar tabii dengan Altantuya di Singapura seperti dalam versi Balasubramaniam kita kena percaya, Najib tawar sogokan RM50 juta kepada Fauzi Muda Ketua PKR Ipoh Barat untuk dapatkan ADUN PKR kita kena percaya, Najib terlibat dalam rasuah pembelian kapalselam dan Sukhoi kita kena percaya, bla...bla...bla...semuanya kita kena percaya. Jika 1 Malaysia boleh percaya Najib memang teruk, mengapa 1 Malaysia tak boleh percaya cerita Mak Cik Minah yang sedang meletup popularitinya itu?

Cuma yang yang saya masih was-was ialah bila Mak Cik Minah cuma ditawarkan RM80,000 oleh PKR untuk menarik diri dari menyertai PRK Penanti. RM80,000 saja, kata hati saya, awat murah sangat? Bayangkan fakta ini:

i) ADUN Kulim dari PKR melaporkan kepada SPRM ia ditawarkan RM5 juta oleh BN untuk menyeberangi BN. Laporan kepada SPRM disertakan bersekali dengan pita rakaman perbualan wakil BN yang menawarkan sogokan tersebut.

ii) Fauzi Muda Ketua PKR Ipoh Barat melaporkan kepada SPRM ia ditawarkan oleh DS Najib RM50 juta untuk mendapatkan dua orang ADUN PKR

iii) ADUN Malim Nawar dari DAP dan ADUN Kuala Kurau dari PKR melaporkan kepada SPRM mereka ditawarkan sogokan bernilai RM20 juta bersama jawatan penting dalam BN Perak jika menyertai BN.

iv) Banyak lagi kes-kes sogokan BN kepada ADUN PR yang dilaporkan, bukan saja semenjak dua menjak lepas PRU ke-12 ini, tapi sejak dulu-dulu lagi, yang semuanya bernilai lebih dari RM 1 juta. Semuanya nilai juta-juta!!

Tapi nilai Mak Cik Minah, aduhai murahnya...RM80,000 saja! Nak buat apa dengan RM80,000 di zaman kemelesetan ekonomi yang sudah tak tertahan ini? Kalau nak digunakan untuk cucuk botox yang bernilai antara RM2,500 hingga RM5,000 satu suntikan bagi menegangkan muka mak cik yang dah berkedut itu pun tak berbaloi, berapa lama sangat nak bertahan duit RM80,000 untuk buat suntikan botox? Harga seunit rumah teres kos sederhana sekarang ini pun sudah jadi lebih dari RM100,000, habis nak buat apa mak cik dengan RM80,000 itu? Nak beli Exora lepaslah dengan RM80,000 tu, tapi tak kan Exora saja mak cik?

Tapi jika nak beli lembu memang selesalah dengan wang sebanyak RM80,000 kerana harga lembu dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 saja seekor atau dengan RM80,000 boleh dapatkan hingga 27 ekor lembu.


Hairan juga mengapa PKR letakkan nilai RM80,000 saja untuk Mak Cik Minah kita ni. Orang lain nilainya juta-juta tapi Mak Cik Minah bernilai cuma RM80,000 yang bersamaan dengan harga sekawan 27 ekor lembu saja. Pemimpin Umno yang sudah biasa dengan harga belian manusia dengan harga berjuta-juta satu kepala pasti ketawa besar dengan nilai Mak Cik Minah yang sangat murah itu. Tentu mereka berkata: sampai hati PKR menghina Mak Cik Minah dengan tawaran semurah itu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Lepas Dua PPP, Tunggu Pula Satu PM Dua Isteri

Tiba-tiba banyak benda pelik yang berlaku dalam 1 Malaysia ini. Mula-mula satu kampung dua JKKKK. Kemudian satu Perak dua MB. Kemudian lagi satu Perak dua Speaker. Lepas itu pula satu kes dua keputusan mahkamah.
Dan sekarang cerita perpecahan PPP menjadikan ia satu parti dua presiden.
Apa lagi yang akan jadi dua lepas ini? Apa lagi yang satu tiba-tiba akan jadi dua? Adakah satu PM dua isteri?

Sunday, May 24, 2009

Kasarnya Mufti Perak, Nak Jadi Calon Manek Urai Ke?

lhttp://skuad.files.wordpress.com/2008/04/harussani.jpg


Sebelum ini saya tidak pernah dengar alim ulamak peringkat tertinggi bercakap bahasa yang begitu kasar, keras dan kurang sopan. Tapi hari ini ada rakan menunjukkan halaman 3 Mingguan Malaysia kepada saya sambil berkata, "Harussani pun dah pandai bercakap biadab!".

Saya jadi tercengang dan terkedu. Apa, Datuk Harussani Mufti Perak itu rakan saya kata biadab?

Terkejut saya, eh...tak kan pula Tok Mufti yang menjadi cermin masyarakat pun bercakap biadab! Kalau orang politik cakap biadab, kasar dan kurang sopan, biasalah, tapi Tok Mufti, tak cayalah saya!!

Tapi apabila membaca komen Harussani dalam Mingguan Malaysia mengenai rancangan PR untuk mengadakan mogok lapar, saya juga turut terkejut. Eh, kasarnya Mufti Perak ni....tidak melambangkan bicara seorang mufti langsung! Saya tak berani menyatakan ia di tahap biadap, tapi memang ia sangat kasar!!

Apa kenyataan Harussani yang menyintak hati saya itu? Harussani berkata:

i) "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang". Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini....

ii) "DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam"

Saya tidak pernah dengar Mufti lain bercakap gaya bahasa begitu. Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang terkenal berani mengkritik sesiapa saja itu pun menggunakan bahasa yang begitu sopan dan berlapik. Tidak pernah sekali pun setahu saya dia guna ayat BOLEH BLAH, DIA PUNYA PASAL dan sebagainya. Hendak kata kerana Dr Asri ini mufti yang lebih cerdik dari Harussani kerana memiliki Ph. D tidak juga, kerana mufti-mufti negeri lain yang tidak ada Ph. D pun tidak nampak menggunakan bahasa kasar dan kurang sopan seperti itu.

Atau Harussani bergaya kasar dan keras kerana hendak menunjukkan keperibadian seorang bakal ahli politik? Eh...eh..eh Datuk, ada nawaitu nak jadi calon BN di Manek Urai kot?

Oleh: pendikar gunung kriang

Saturday, May 23, 2009

Rosmah dan Isteri-Isteri Menteri Nak Ikut Mogok Lapar?

http://2.bp.blogspot.com/_f2ve_n8gx2E/SeW4joRgmsI/AAAAAAAAA-o/1vfAqMhN1zY/s400/rosmah_mansor.jpgj

Krisis politik Perak dilaporkan melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka menggesa DUN Perak dibubarkan.

Menentang pihak berkuasa menerusi mogok lapar bukan perkara baru. Itulah cara Mahatma Ghandi melawan kerakusan kuasa British di India dulu. Dan cara itu sungguh berkesan kerana ia berjaya menarik ramai sokongan rakyat India untuk menentang British. Ia juga pernah dilakukan oleh aktivis politik Barat dalam menyuarakan bantahan terhadap sesuatu isu. Pejuang Palestin juga pernah melakukannya di penjara Israel, begitu juga tahanan di penjara Teluk Guatanamao.

Di Malaysia tahanan ISA di Kamunting juga pernah melakukan mogok lapar sejak zaman Partai Komunis Malaya masih aktif dahulu hingga baru-baru ini oleh tahanan Hindraf.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana mogok lapar selama tiga hari itu. Puasa 12 jam pun ramai yang terasa perit, apa lagi tidak makan dan minum selama 72 jam. Air dalam badan akan menjadi kering, tekanan darah dan paras gula dalam badan akan merudum jatuh, silap hari bulan mereka yang mogok lapar akan mengalami kekejangan, pengsan dan lebih parah ia boleh membawa maut.

Tapi bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti, mungkin mogok lapar adalah jawapan yang baik bagi mengurangkan lemak. Saya lihat ramai pemimpin politik kita tidak kira BN dan PR jenis mereka yang menyimpan banyak lemak, mungkin kerana selalu berpeluang makan di pelbagai majlis dan kurang masa untuk bersenam. Oleh itu mogok lapar mungkin baik untuk kesihatan mereka, apa lagi yang beragama Islam sebagai persediaan menghadapi Ramadhan tidak lama lagi itu!

Mogok lapar juga baik untuk PM dan keluarga terutama isterinya yang kelihatan menghadapi masalah obesiti keterlaluan itu. Bayangkan jika Rosmah mogok lapar selama tiga hari, tentu lemak di pinggang dan pinggulnya itu dapat dikurangkan. Jadi tidak perlu lagi Rosmah pergi buat sedut lemak yang jika silap teknik boleh membawa maut itu. Selain dari Rosmah, isteri-isteri Menteri dari Kelab BAKTI yang ramai darinya menyimpan lemak juga boleh membuat mogok lapar bagi menguruskan badan dan dengan itu suami mereka tidak perlu lagi mencari artis muda sebagai madu!!

Oleh
: pendikar gunung kriang

Manek Urai: 64% Kata Tidak, Tapi BN Kata Ya!!



Nampaknya BN sudah buat keputusan untuk bertanding di Manek Urai. Ia berdasarkan kenyataan PM dan TPM secara berasingan kelmarin yang ingin BN bertanding. Malah TPM memberi amaran kepada PAS jangan over confident untuk menang kerana majoriti tidak banyak - 1,352 undi saja.


Mungkin dalam hal ini TPM teringat pengalaman PRK-PRK sebelum ini: Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, PR menambah bilangan undi yang diperolehi dan menambah jumlah majoriti berbanding PRU ke-12. Di Kuala Terngganu pula, dalam PRU ke-12 BN menang, tapi dalam PRK PR menang dengan majoriti yang selesa. Mungkin TPM ingat sudah 4 kali dalam PRK nasib menyebelahi PR, mungkin kali ini nasib menyebelahi BN pula!

Mengapa TPM seperti yakin BN boleh menang di Manek Urai? Adakah belaiu fikir slogan retorik Satu Malaysia dan PM Rakyat hasil angan-angan Najib itu boleh memperdaya fikiran orang Melayu? Jika orang Melayu yang kononnya educated pun hendak tergelak dengan retorik-retorik itu, apa lagilah orang kampung yang ramai terdiri dari kaki loyar buruk!! Atau dia fikir krisis Perak yang nampak seperti dimenangi oleh BN itu akan menambah sokongan Melayu kepada BN? Atau krisis Perak akan menjadi pemangkin yang menambah kebencian orang Melayu kepada BN?

Tapi apa pun, PM dan TPM sudah buat keputusan supaya BN bertanding. Keputusan MT Umno tentu tidak penting lagi bila PM dan TPM sudah buat keputusan. Keputusan akar umbi Umno juga tentu lagi tidak penting.

Kebetulan malam tadi juga saya mengikuti Berita 7.00 malam NTV7. Di hujung siaran NTV7 menyiarkan keputusan SMS mengenai soalan: Setujukah anda BN meletakkan calon di Manek Urai?

Keputusan SMS ialah:

Tidak setuju: 64%
Setuju : 36%

Mungkin penonton memberi pendapat BN tidak wajar bertanding di Manek Urai berdasarkan pendirian BN yang enggan menentang PKR di Penanti. Mungkin juga penonton terpengaruh dengan hujah pemimpin-pemimpin BN dalam kes Penanti. Atau mungkin juga mereka sudah tahu ia membazir wang negara sahaja kerana banyak 'mee segera' yang akan dihidangkan sebagai suapan untuk mengambil hati pengundi Manek Urai.

Setakat ini saya belum nampak tinjauan pendapat umum yang sama di media lain. Sedikit masa lagi mungkin ada yang membuat kajian yang sama mengenai sama ada BN wajar bertanding di Manek Urai. Tapi saya sangat yakin jika kajian dijalankan, pendapat orang ramai tidak jauh berbeza dari keputusan SMS NTV7.

Apapun PM dan TPM sudah buat keputusan mengenai Manek Urai. Pendapat SMS penonton dan pendapat rakyat tidak penting kepada PM Rakyat!

Oleh: pendikar gunung kriang

Krisis Perak: Tuhan Tidak Peduli?

Aik, hakim (Hakim Mahkamah Tinggi) pun boleh silap? Bicara punya bicara, hujah punya hujah, semalaman memikirkan bagaimana mahu menyediakan kertas penghakiman, tiba-tiba hakim sikit atas pula kata hakim bawah sikit buat kesilapan.

Tak pernah dengar pula, hakim sikit bawah kata, hakim sikit atas buat silap?
Macam mana sistem ini, sesudah hujah dan bukti, cup-cup ada cupnya. Teringat masa kecik-kecik telanjang bulat dulu main ‘toi’ depan rumah. Asyik cup saja. Yang cup itu memang kawan lebih tinggi.

Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.



Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang ini, sembilan hakim tetap buat silap.

Ertinya yang kalah bukanlah salah.
Yang menang belum tentu benar.
Yang kalah kerana hakim buat silap.
Yang menang kerana hujah.

Kebenaran tersembunyi dalam hujah. Siapa yang pandai sembunyi kebenaran, berkuasa sorok kebenaran, maka menanglah yang tak benar.



Rasa-rasanya kemelut politik di negara kita dalam isu dan kes apapun, baik kes besar atau kecil, dari bunuh hingga curi telur ayam, kita bukan mencari kebenaran, tetapi kemenangan.

Mengenepikan kebenaran dalam sistem penghakiman, maka berlakulah ketidak adilan.

Apakah Tuhan tidak peduli?

Memang Tuhan tidak peduli pun politik macam ini. Buat menyemak fail malaikat.
Sayang, mahkamah akhirat lambat sangat. Bagaimana kalau Tuhan masih tidak peduli?

Jawab Hj. Pikun, tukang buat surat sumpah: Mana ada Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan di akhirat. Sebab itu Tuhan tak peduli.

(
Sumber: Azizi Haji Abdullah)

Friday, May 22, 2009

Krisis Perak: Sabar Bro, Dunia Belum Kiamat!!


Seronok juga baca komen bloggers pro-PR mengenai keputusan Mahkamah Rayuan petang tadi. Banyak yang menulis berbaur antara rasa kecewa dan marah. Sesetengah pula cuba merawat rasa kecewa dengan menaruh harapan Zambry akan membubarkan DUN sedikit masa lagi.


Bagi blogger pro-BN pula pasti menulis dengan gaya teruja dengan kemenangan Zambry. Mungkin ketika menulis mereka lupa kepada pesanan Najib kepada PR ketika Nizar menang kes di Mahkamah Tinggi tempohari: JANGAN TERUJA SANGAT DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI!!

Lalu elok juga kepada penyokong BN diperingatkan kembali kata-kata Najib dua minggu lalu: BN, JANGAN TERUJA SANGAT DNGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN!!

Jangan marah, jangan kecewa dan jangan teruja kerana dunia belum kiamat. Proses perundangan kes DUN Perak masih panjang. Masih ada Mahkamah Persekutuan untuk memuktamadkan keputusan siapa MB Perak. Jadi mengapa marah, kecewa atau teruja?

Juga PRU ke-13 pun bukan lama lagi, tinggal tiga setengah tahun saja lagi jika ia diadakan genap 5 tahun selepas PRU ke-12. Tapi jika diadakan hanya dalam lingkungan 4 tahun seperti lazimnya, tempoh untuk PRU ke-13 tinggal kira-kira dua setengah tahun saja lagi. Tak lama lagi dah tuuu!! Pejam celik, pejam celik , PRU ke-13 tiba pula!

Dan jika PRU ke-13 diadakan, adakah anda berani meramaklkan keputusannya? Melihat kepada trend pengundi kini, terutama generasi muda, tidak sukar meramalkan keputusannya. Yang penting PR perlu meneruskan momentum sokongan, elakkan membuat kesilapan dan jangan berhenti untuk terus bekerja kuat.

Kepada rakyat Perak pula, jika Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tidak menyebelahi cita rasa anda, masih ada tiga setengah tahun lagi untuk melempiaskan hutang lama!


Oleh: pendikar gunung kriang