Sunday, May 31, 2009

Dahsyat...Iklan Membunuh Manusia Di Mingguan Malaysia!!



"Jika Chin Peng balik, saya orang pertama tunggu di airport bukan untuk meraikannya, tetapi untuk sembelih makhluk ganas itu!"
. Demikian ikrar Mejar (B) Ahmad Shafie Abdul Manas, 59 tahun yang putus tangan kirinya ketika bertempur dengan gerombolan komunis di Lundu Sarawak 38 tahun dahulu; sebagaimana yang dipetik oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Menyembelih orang, tanya saya, menyembelih orang? Tidak pedulilah siapa yang akan disembelih, sama ada seorang komunis,seorang sosialis, seorang demokrat, seorang Hindraf, seorang Islam, Kristian atau Budha, namun hasrat untuk membunuh orang lain yang diiklankan di akhbar adalah satu kenyataan yang sangat tidak bijak. Apa lagi hasrat ganas itu disuarakan oleh seorang bekas anggota pasukan keselamatan yang kini menjadi peguam sepenuh masa dan mahir aspek undang-undang. Sebagai peguam Ahmad Shafie patut sedar manusia tidak dibenarkan mengambil nyawa manusia lain kecuali dalam peperangan atau ia diputuskan oleh Hakim mahkamah.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini terbit dalam akhbar nasional negara ini. Jika ia terbit dalam akhbar negara-negara Barat, bukan sahaja menyembelih manusia, menyembelih haiwan pun akan menerima kutukan dan hukuman. Mujurlah juga kita berada dalam sebuah negara yang belum tinggi tamadunnya, jika di negara Barat, Jepun dan Korea agaknya Ahmad Shafie akan diseret serta merta untuk perbicaraan mahkamah kerana mengiklankan pembunuhan.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini tersiar dalam Mingguan Malaysia, sebuah akhbar pro-kerajaan. Jika ia tersiar dalam Harakah, Suara Keadilan atau Roket pasti ia akan menimbulkan kecaman hebat. Bayangkan jika salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Mamali yang masih hidup mengeluarkan kenyataan, "Jika Mahathir dan Musa Hitam menjejakkan kakinya ke Mamali, saya orang pertama yang akan menunggunya di tepi jalan Kampung Mamali bukan untuk menyambut mereka, tetapi untuk menyembelih pemimpin-pemimpin ganas itu", apa perasaan rakyat Malaysia?

Oleh: pendikar gunung kriang

8 comments:

Pak Oncu said...

Mejar (B) Ahmad Shafie Abdul Manas,,, selayak nya tangan ekau putus,,, sebab ekau cuai dalam operasi......!!!!!

Prof. Era Pasca said...

allah lebuh sayangkan tangaan mejar tersebut dari mejar itu sendiri.... sebab tu allah amik tagan die supaye akan datang mejar nih tak suke2 g sembelih orang... bagi saya kalau dhinpeng atau sesape yg salah bicarakan kemudia guna hukum yg adil... mejar macam bn gune undang2 rimba dan undang2 sindiri... sib baik ko kudung...

tapi kalau taknak kene tangkap... mejar nih boleh bom mak org, elakan rasuah dan amalkan politik wang, tumbuk bakal menantu(lihat zahid hamidi sampai sekarang mane kene tgkap), beli appartment di mekah pakai duit orang pastu letak name sendiri, hina janggut nabi, jumpe sultan untuk rampas negeri, rusuhan elak buat kandang babi yg moden, naikkan tambang dan minyak dan lain-lain lagi la... bak kate org buat gedebe lepas le...

pendikar gunung kriang said...

pak oncu & baginda reformasi,

Saya pun hairan mengapa isu Chin Peng masih dipermainkan oleh media kita. Najib sudah kata Chin Peng tak boleh balik Malaysia, sepatutnya tiada cerita mengenainya lagi, noktah. Boring betul, Chin Peng, Chin Peng, Chin Peng, BN tak de isu lain lagi ke nak memecah belahkan perpaduan rakyat?

toyu said...

ermm.. ada lagi tu yg akan komen berapi maut tu... depa akan keluaqkan lagi bagi cukup 88 hari agaknya...

yg si cin peng tu punya hal punya pakat riuh bercerita... yg 'puak puak tu' dok buat lebih dari tu mana sapa yang dok pi riuh pun.. sengap ja... depa takut kena sembelih kot...

Anonymous said...

aku sebagai rakat malysia rase bersemangat dgn kata2 mejar tu..mmg patut pun komunis bangsat tu disembelih....
yg koang semua ni dah jd hamba dah..ikut sgt kata anwar al-juburi tu...korang gila ke duk sokong komunis...?

pendikar gunung kriang said...

anom,

Apa komen hang jika orang Mamali kata kepada Mahathir dan Musa Hitam "Jika Mahathir dan Musa Hitam menjejakkan kakinya ke Mamali, saya orang pertama yang akan menunggunya di tepi jalan Kampung Mamali bukan untuk menyambut mereka, tetapi untuk menyembelih pemimpin-pemimpin ganas itu". Hang sokong ke kata-kata orang Mamali tu?

Anonymous said...

KALU ITU HAK DIE DAN TERBUKTI MAHATHIR DAN MUSA HITAM BERSALAH,DAN JUGAK TERBUKTI DIORANG YG MENINGGAL DI MEMALI TU X BERSALAH..YE..AKU SOKONG...
NI KOMUNIS NI DAH TENTU BERSALAH..DIORANG YG BERJUANG PD MASA TU MESTI MARAH LG DGN KOMUNIS NI..PUAK2 KORANG PENAH CKP KOMUNIS TU PEJUANG KEMERDEKAAN..BETUL SBLM MERDEKA MMG DIE BERJUANG UNTUK MERDEKA..TP LEPAS MERDEKA PUN DIE DUK BERJUANG JUGAK UNTUK BUAT TANAH KITA NI JD NEGARA KOMUNIS..TU YG PEJUANG2 TANAH AIR KITA NI MARAH SGT KAT DEPA...LAIN LA HANG,HANYA TAU MENULIS JE,TU PUN BERAT SEBELAH...KALU YG PIHAK HANG BUAT SEMUA BETUL,PIHAK LAIN BUAT SEMUA SALAH..APA NI?BERUBAH LA..KITA MELAYU SEPATUTNYA BERSATU..PETUALANG TU KITA TAK PATUT SANJUNG....

Anonymous said...

mana tuan pendekar cabuk ni?dah x beranu nk menjawab ka?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.