Saturday, May 30, 2009

Saman Anwar Terhadap Anifah: Anifah Memang Betul!!!

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/09/anifah-aman.jpg

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.

Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.

Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Anifah didakwa membuat kenyataan sedemikian apabila menyatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai `umpan' melompat parti selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa diucapkan oleh Anifah sewaktu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton di Washington pada 16 Mei lalu semasa lawatan kerjanya ke negara tersebut.

(Sumber: star online)


pendikar gunung kriang:

Sekali ini saya sangat bersetuju dengan kenyataan Anifah. Bukan setuju dengan kenyataannya bahawa Anwar pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya. Tapi saya setuju bahawa Anifah patut berasa bangga kerana disaman RM100 juta.

Dengan menyaman Anifah dengan nilai RM100 juta telah meletakkan namanya setaraf dengan Dr Mahathir, Samy Vellu dan Khairy Jamaluddin yang pernah disaman oleh Anwar sebelum ini juga dengan nilai RM100 juta. Anwar juga pernah menyaman Dr Chandra Muzaffar dan mantan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong, tapi jumlahnya adalah lebih kecil - RM10 juta.

Siapa gerangan Anifah yang nilainya setaraf dengan Dr Mahathir yang bertaraf negarawan dan Samy Vellu yang merupakan veteran BN itu? Anifah adalah orang yang tidak laku lagi dalam politik Umno, malahan politik Sabah pun. Apabila dilantik sebagai Menteri Luar adalah semata-mata untuk memenuhi kuota kepada Umno Sabah yang sebelum ini kelihatan 'merajuk' dengan kepimpinan Umno Semenanjung. Tapi Menteri Luar adalah jawatan yang paling tidak berpengaruh kerana tidak ada apa yang dapat dibuatnya di dalam negara.

Jika saya jadi Anwar saya tidak akan menyamannya dengan nilai RM100 juta, malah RM10 juta, RM1 juta dan RM100,000 pun dia tidak layak. Dalam hal ini mungkin cara Shahidan Kassim menilai orang lebih bijak dari cara Anwar. Beberapa tahun dahulu ketikaseorang pemain bolasepak Perlis (kalau tidak silap Yusri Che Lah) mengugut hendak meninggalkan Perlis, Shahidan yang berang telah membuat kenyataan akhbar untuk menjual pemain itu dengan nilai RM1.00 sahaja! Baginya pemain itu walaupun begitu glamour dan besar kepala ketika itu, tapi tidak bernilai untuk Perlis.

Tapi bagi saya untuk seorang Anifah yang merupakan ahli politik yang sudah luput tarikh itu nilai RM1.00 untuknya pun terlalu besar. Kalau saya jadi Anwar saya akan menyamannya dengan nilai 50 sen atau 1 sen saja, setaraf dengan Anifah yang sudah tidak laku itu!

Jadi untuk kali ini saya setuju dengan Anifah dia patut berbangga kerana disaman sebanyak RM100 juta, setaraf dengan seorang mantan Perdana Menteri. Saya bersetuju dengan Anifah RM100 juta terlalu tinggi untuk ahli politik yang hanya bernilai 1 sen itu!

2 comments:

Gedung Akal said...

Saya pun setuju -memang patut Anifah merasa bangga sebab masuk 'hall of fame' kategori pemusnah bangsa. Barangkalilah.

Anonymous said...

Orang bingai jadi menteri Luar ala jagoh kampong. Berjumpa dengan orang luar je jadi gabra dam terus merapu. Macam mana Malaysia nak kedepan, buat malu sahaja jadi menteri luar.
Ini lah jenis manusia yang bolih menjadi ancaman kepada negara. Anifah bolih di kategorikan sebagai "National Security Threat" kerana apa yang di buat nya adalah mendedahkan kelemahan seorang kabinet Malaysia. Bangang punya menteri luar. Elok lah jaga bola sepak Sabah dan duduk kat ULU SABAH sebagai pengampu yang mementingkan diri sendiri.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.