Wednesday, June 10, 2009

Al-Fatihah Untuk Allayarham Shukery Hashim

http://www.sinemamalaysia.com.my/main/image.php?id=3318

Baru sebentar tadi saya menulis dalam blog ini mengenai kisah 'kematian'. Cuma yang saya tulis itu mengenai kematian idea yang tidak tidak dapat berkarya. Tapi ada sebuah cerita mengenai kematian yang benar-benar terjadi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allayarham Shukery Hashim yang meninggal dunia tengahari tadi, Al-Fatihah.....

Petikan berita Malaysiakini:

Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Keramat selepas Asar.

Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51.

Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Kau Yang Satu, Cinta Gila dan 3T.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.