Sunday, June 28, 2009

Alahai Ezam, Sebaknya Hatiku Mengenang Nasibmu!!

View Image

Malam tadi kabarnya Ezam Kotak mengadakan ceramah lebih sejam di cawangan Umno Makmur Setia dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan. Kesian Ezam, ingatkan susuk yang pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Selatan ketika dipecat pada 1998 itu disambut meriah oleh bekas anak buahnya, tapi rupanya kemunculannya disambut dengan jeritan dan 'boo' bekas-bekas anak buahnya di luar Dewan Orang Ramai Taman Sri Manja.

Hadirin yang pada awalnya dipercayai sekitar 1,000 orang pada pukul 9.30 malam meningkat sekali ganda menjelang 11 malam, kebanyakannya dipercayai ahli PKR dan Pas. Mereka menjerit setiap kali Ezam menyentuh tentang DAP, PKR dan PAS.

"Saya tidak kisah jeritan-jeritan di sana (di luar kawasan Dewan Orang Ramai)... saya sudah lama di sini (di Bahagian Petaling Jaya Selatan)...", kata Ezam yang nampak terganggu dengan kehadiran peminat-peminatnya itu.

Apabila ada penyokong Pakatan Rakyat yang menjerit "mana kotak rahsia?, " Ezam yang yang nampak tidak selesa lantas mengulangi jawapan dari pita rakaman suaranya bahawa "isu kotak kena tanya Anwar."

Beliau juga dilapor berkata, mengambil kira perkiraan matematik biasa (mungkin maksudnya mengikut perkiraan ala-PPSMI), adalah jelas Umno lebih kuat berbanding PAS.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar Dewan Masyarakat menjawab "PAS lebih kuat".

Sempena dengan ceramah sulungnya itu, Umno Cawangan Makmur Setia melantik Ezam sebagai Ketua Penerangannya. Ezam dikatakan begitu gembira dianugerahkan jawatan baru itu.

Saya sangat sedih atas apa yang berlaku terhadap Ezam pada malam tadi itu. Sudahlah setiap kali kemunculannya dalam beberapa pilihanraya kecil tidak mendapat sambutan, kepulangannya ke Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan yang boleh diumpamakan seperti sirih pulang ke gagang disambut dengan boo dan jeritan. Yang lebih sedih dan sebaknya saya ialah cara Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan melayan Ezam. Dulu Ezam ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian, kini dia telah turun pangkat apabila cuma menjadi Ketua Penerangan Cawangan.

Alahai Ezam, sebaknya hatiku mengenangkan nasibmu!!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Kumbang said...

salam bro,
tak apa bertatih dari mula.. Dr Mahathir pun bermula dari cawangan sejak dipecat dari UMNO..
Lim Kit Siang pun bermula dari cawanagan.

Tiada apa masalah..

Hidup umpama roda..jangan segan jika kita nak berjuang kerana alif,ba,ta.

Ezam bukan seperti 'orang itu' yang menjadi terus de facto leader. Ezam tahu di mana bumi dipijak dan langit dijunjung.

Doakan Ezam berjaya semula, seperti mana Ezam berjaya mengeluarkan Anwar daripada penjara.

Anda di pakatan boleh balas budi ini.
Memang anda boleh..anda telah balas dengan caci maki.Sedangkan Ezam yang telah menyediakan platform ini untuk anda semua dan anda semua hanya tahu cuci kaki dan terus guna platform ini tanpa segan silu.

Politik politik juga, orang berbudi kita berbahasa.
orang memberi kita merasa.
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

"Perbezaan pendapat itu demokrasi"

Hidup Ezam!!

http://analisisringan.blogspot.com/

Baginda Reformasi said...

ezam mengarut kuat... masa dalam PKR pun die da start nak mengarut... mahathir n lim kit siang bermule dari bawah... ezam mule dari atas turun kebawah dan berharap jd seperti mahathir n anwar...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.