Sunday, June 21, 2009

Alahai.....Makan Pun Salah Ikut Undang-Undang 1Malaysia



Kira-kira 3,000 tetamu dilarang menghadiri majlis jamuan anjuran DAP di Pandamaran malam ini.


dap klang dinner 210609 police.jpgSumber-sumber DAP berkata, polis turut merampas peralatan pembesar suara yang dipasang di majlis jamuan tersebut.

Menurut sumber-sumber itu lagi, enam trak Unit Simpanan Khas (FRU) di tempat di situ, bersama dua trak meriam air.

Manakala anggota polis, katanya, mengawal kawasan berkenaan.

(Sumber: Malaysiakini)

pendikar gunung kriang: Anehnya undang-undang 1Malaysia ni....makan pun menjadi satu kesalahan! Sudahlah berhimpun tak boleh, memberi ceramah tak boleh, memberi pendapat menyanggah keyakinan pemimpin tak boleh, berpiket tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh, sampai makan pun tak boleh?

Sampai bila hanya melakukan maksiat boleh,hanya berjudi boleh, hanya meminum arak boleh, hanya menerima rasuah boleh, hanya memberi rasuah boleh, hanya berdusta boleh....hanya membuat benda-benda buruk saja yang boleh? Aduhai 1Malaysiaku!!

1 comment:

senjakala said...

kalau pas makan pastu nak buat kecoah memang la tak boleh bang.sebab tu polis mengambil langkah berjaga-jaga.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.