Sunday, June 28, 2009

Anwar: Saya Di Belakang Tok Guru Nik Aziz








PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

(Sumber: MStar Online)

5 comments:

fhyhyfy said...

Selepas syfol kini nik aziz ,Nak jolok dari belakang ke anwar?

Media Siber said...

alahai .. anwar .. lu ade kess.. jgn lupe. sebok ngan hal nik aziz.. ape kes?

M.H.A Hamzah said...

presiden umno pondan

toyu said...

Salam Tuan PGK,

Saya amat bersetuju dgn rancangan nak berdebat ni. Tak kira la sapa sapa pun. Asasnya, perkara tersebut perlu dijanakan. Utk mendapatkan sumber maklumat dan buah perbincangan yg bersih tanpa berselindung dgn apa apa nama pun. Supaya rakyat semua dpt tahu perkara perkara tersebut.

Jgn la pulak nanti dah dpt jemputan, tak mai pulak... pi la berbincang ka berdebat ka. Ketua ketua perkumpulan/pertubuhan tersebut semestinya memberikan kerjasama.

Ini nanti akan dpt menghapuskan salahtafsiran dari pihak2 lain.

pendikar gunung kriang said...

Nampaknya budaya debat ini telah kian popular di negara-negara demokrasi. Yang terbaru ialah debat ketika pilihanraya presiden di Iran dan Indonesia.

Tapi nampaknya budaya mempertahankan pendapat dengan berdebat belum menjadi amalan pemimpin politik kita. Selepas debat Anwar-Shabery tahun lepas, tiada lagi debat bagi memperlihatkan ketokohan pemimpin kita mempertahankan idea mereka. Ketika pemimpin PR sentiasa bersedia melakukannya, pemimpin Umno-BN pula lebih selesa mempamerkan kebaculan semulajadi mereka dengan enggan menghadiri majlis debat seumpama itu. Mungkin mereka gentar akan menjadi seperti Shabery yang 'disembelih hidup-hidup' oleh Anwar di depan penonton dulu...malu!! Atau kejantanan mereka belum tumbuh hingga perlu dibantu oleh sebiji viagra pemulih tenaga jantan?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.