Saturday, June 20, 2009

Awat Umno Tak Faham Bahasa & Hilang Akai?


PETALING JAYA: PAS menegaskan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan hanya akan diteruskan jika ia melibatkan semua parti-parti politik.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno tidak timbul.

"Apa lagi cakap tentang perpaduan PAS-Umno, itu semua sudah tidak timbul, kita sudah tetapkan jika nak berbincang bukan dua parti ini sahaja.

"Umno perlu faham mengenai perkara ini, PAS dah tetapkan pendirian untuk libatkan rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS tidak akan memberi respons mengenai idea kerajaan perpaduan ini sehingga ia dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat minggu hadapan.

"Saya tak nak layan orang hilang akal," katanya yang enggan mengulas lanjut.

(Sumber: star online)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.