Thursday, June 11, 2009

Betul TG, Mulut Boneka Bolehlah Tutup, Tapi Ini Mulut Manusia!!

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/am/NIK%20AZIZ.jpg

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.
Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.


Nik Aziz berkata, jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata, kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak Pas. "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas, tapi orang tertentu dalam Pas, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. - Bernama

.....................................................................................................................................................................

pendikar gunung kriang: Saya sokong penuh kenyataan TG Nik Aziz ini. Tak cukup 100%, 200%, malah 1,000% pun saya sanggup beri untuk menyokong kenyataan TG itu. Betul kata TG mana boleh tutup mulut manusia, mulut anak patung @ boneka bolehlah tutup!!

6 comments:

Othman3748 said...

Saya juga setuju dan sokong kenyataan TGNA. Siapa yang menggunakan mulut terlebih dahulu mengusulkan kerajaan perpaduan (macam tadika perpaduan jaa) kalau bukan mat-mat perpaduan. Kenapa bila dah tersepit dan dibelasah dengan kata-kata (melalui mulut) kita disuruh diam. Sepatutnya mereka diamkan diri dahulu sebab mereka yang mulakan. Lain kali kalau nak buat apa-apa perbincangan dengan UMNO buatlah ditempat terbuka bukan dalam kelambu lepas tu jangan berbohong. Macam ini yang kita nak panggil mereka ustaz. Ustaz pembohong boleh laa. Sebelum jumpa UMNO bincang dulu dengan majlis tertinggi yang lain. Adalah ahli tertinggi yang lain itu tunggul kayu atau kerusi dan meja sahaja. Bincangkan dengan Mursyidul dulu dan dengar pandangan dia bukan ketepikan dia. Kalau macam tu bubar aja jawatan mursyidul tuu. Langkah kedua bincangan dan perjelas maksud kepada semua kepimpinan parti gabungan PR. Ini tidak macam tikam belakang seperti meliwat pula. Akhir sekali dalam perbincangan tersebut bukanlah PAS dengan UMNO tetapi kepimpinan PR dengan kepimpinan BN. Buat secara terbuka siap dengan persidangan media sekali. Baru ahli, penyokong dan rakyat tak terkejut, bercelaru dan keliru. Ini membukti ada kepimpinan PAS tergilakan imbuhan secara pantas sebab itu beriya-iya hendakkan perpaduan dengan UMNO. Saya amat berharap mereka-mereka ini disingkarkan daripada kepimpinan PAS pada masa akan datang kerana akal mereka telah dikuasai nafsu. Lagipun mereka ini kebanyakkan berfikirkan cetek serta tidak mengkaji buruk dan baiknya usul tersebut. Rasanya mereka ini kena belajar balik bagaimana untuk menjadi pemimpin. Sedih melihat keadaan ini berlaku dalam sebuah parti politik yang berlandaskan Islam. Sebenarnya saya sudah tidak menaruh harapan kepada PAS lagi dan saya amat terkilan dengan idea busuk kerajaan perpaduan. Maaf ini adalah realiti keadaan diri saya. Sekian.

Anonymous said...

Dulu dulu
UMNO kapir
kawan dengan UMNO kapir
makan sembelihan UMNO kapir
solat berimamkan UMNO kapir
kapir kapir kapir

Lepas itu
nak muzakarah kena ada syarat
kembalikan royalti wang rakyat
walau UMNO dah hulur tangan
namun mana pergi perdamaian Islam

Mulut yang sama
tangan yang sama
bercakap soal kerajaan perpaduan
menghulur tangan ketika musuh tidak menang
memberi senyuman ketika musuh hendak ditewaskan

Bapa yang melarang dipinggirkan
anak yang menentang didiamkan
mana perginya prinsip perjuangan
atau takut kehilangan kawan sepermainan
daripada mati kekeringan

Apa maksud kapirkan UMNO dulu
sekadar mencelah mencari pengaruh
sehingga dapat barulah bersuluh
sekadar tok guru di surau madrasah
bukannya jeneral bertempur di medan perang

Perang belum berakhir
umpama UHUD memberi kita fikir
terasa menang sudah digenggaman
datanglah sitamak mengaut keuntungan

Aduhai

Pemburu Syahid said...

Salam....

Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur. Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

Anda hanya tahu menyebutkan - "KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA". Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status "PIMPINAN" yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

Baca lanjut di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

pendikar gunung kriang said...

Saya percaya pandangan-pandangan anda di atas adalah ikhlas yang terbit dari cinta yang terlalu mendalam terhadap PAS. Harap penjelasan TG Haji Hadi petang tadi mengenai kerajaan perpaduan dapat menjernihkan sedikit keadaan walaupun ia belum menjawab keseluruhan persoalan mengenainya.

AKU ANAK GURUN said...

Bagi saya 100%, 200% atau berapa yang semua nak saya letakan peratus diatas sokongan saya terhadap Tuan Guru Nik Azizi

" Allah berkatilah kepimpinan Pas yang Ikhlas berjuang untuk Agama Islam "

AKU ANAK GURUN said...

Hj. hadi ini apa pendapat saudara lepas Kerajaan Perpaduan dia buat pula dengan SIS dah usul diterima kenapa pula nak dipinda. aduh penin kepala boleh reban gunung jerai sejak dok dekat pilihanraya Manek Urai benda pelik-pelik Pemimpin PAS bawa keluaq cerita

" YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI YANG KERJA TAMPAL POSTER "

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.