Tuesday, June 2, 2009

Boringnya....Tak Ada Isu Selain PKM dan Chin Peng Ke?



http://2.bp.blogspot.com/_gIBMWDzYy6k/SF1d3OJOMCI/AAAAAAAAIn0/lSgmrrXuhEc/s400/communist-red.jpg

Lagi-lagi PKM, lagi-lagi Chin Peng. Sudah 3 minggu media arus perdana kita main lagu yang sama. Jemu sungguh!

Tidak ada ceita lain lagi ke? Sudah kering idea ke hingga asyik-asyik PKM, asyik-asyik Chin Peng saja yang dimainkan di TV dan akhbar kita tu? Apa cerita ni hingga ada yang keluar fatwa hendak sembelih Chin Peng atau tahan di bawah ISA kepada sesiapa yang rasa nak tergelak dengan lawak bodoh mengenai isu PKM dan Chin Peng itu?

Yang mula bangkitkan isu PKM dan Chin Peng itu ialah kerabat BN bernama parti Gerakan. Yang beriya-riya menentang PKM dan Chin Peng ialah Umno. Jadi isu itu bukan isu rakyat. Isu rakyat ialah harga barang yang tak ingin turun-turun, isu harga petrol dan tol yang tak boleh rendah lagi, isu sukar hendak dapat rumah dengan harga berpatutan, isu anak mengaji tinggi-tinggi tapi tak ada kerja, isu susah mendapat pinjaman institusi kewangan hingga perlu cari along, isu mat ragut yang berleluasa di jalan raya, isu mat rempit yang tak payah bayar cukai jalan tapi jadi Raja Jalan dan lain-lain isu lagi. Chin Peng dan PKM adalah cerita basi yang bukan lagi isu rakyat. Ia cuma isu Umno dan Gerakan, ia cuma isu dalaman BN, kami rakyat apa peduli?

Tapi jika media pro-BN seronok sangat hendak tengok Gerakan dan Umno bergasak di gelanggang mengenai isu PKM dan Chin Peng mereka boleh anjurkan debat tertutup mengenainya membabitkan tokoh-tokoh Gerakan dan BN. Debat tertutup cukuplah, tak perlulah buat debat terbuka kerana rakyat pun tidak tertarik dengan isu-isu basi itu lagi. Biarlah saja Gerakan, Umno dan NGO-NGO pro-BN yang tak ada kerja itu membincangkan cerita basi dan kisah-kisah air liur basi itu. Seeloknya di sebelah pentas debat tertutup itu disediakan padang kecil untuk kedua-dua pihak bergasak dan bertetak jika perlu. Di padang kecil itu kerabat-kerabat BN boleh bertumbuk dan melakukan tomoi Siam bagi melepaskan geram. Siapa menang, siapa kalah sama ada atas pentas atau atas padang tidak penting, kerana yang penting selepas melepaskan geram tidak akan terdengar lagi media membincangkan isu-isu mengenai Chin Peng dan PKM yang tiada hubungan dengan rakyat itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.