Tuesday, June 16, 2009

Demo Anti-ISA Esok: Najib & Umno Perlu Ikut Serta

http://crete.globat.com/~mob1900.com/temp/blogpics2/isa.jpg

Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Demontrasi tersebut, antaranya untuk menyambut ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta tersebut, telah dua kali ditunda - bulan Mac dan Jun.

(Sumber: Malaysiakini)

pendikar gunung kriang: Harap kepimpinan Umno, termasuk PM, menteri-menteri kabinet dan pemimpin peringkat bawahan Umno yang nampaknya ramai menyokong idea kerajaan perpaduan (UG) disarankan ikut serta dalam demo itu. Ini memandangkan kempen anti-ISA ini antara lain digerakkan oleh PAS, sebuah parti yang akhir-akhir ini sangat diminati oleh Umno sehingga DS Najib pun sanggup memuji 'keihlasan' PAS dalam mengutarakan idea UG itu. Justru, pemimpin Umno termasuk Najib perlu ikut serta dalam demo itu bagi membuktikan kesepaduan pendapat mereka dengan PAS.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.