Tuesday, June 30, 2009

Depa Bukan Curi Telur Ayam, Depa Ceroboh Parlimen!!

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 01












Beberapa tahun lalu, saya terbaca satu berita di sebuah akhbar Melayu yang saya sudah lupa namanya mengenai kisah seorang remaja Melayu yang mencuri beberapa biji telur ayam dari sebuah kedai runcit. Akibatnya, remaja itu didenda RM1,000 atau masuk penjara. Kerana tidak mampu, remaja itu memilih masuk penjara.

Saya teringat cerita remaja itu apabila terbaca mengenai Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat hari ini yang mendapati empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersalah dalam kekasaran terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pada 26 Feb lalu. Akibatnya Jawatan Siasatan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan mereka didenda RM1,000 tiap seorang.

Macam tidak percaya membaca berita itu: apa, denda RM1,000 saja? RM1,000 saja hukuman kepada Ketua-Ketua Pemuda yang berpakaian ranggi dan memiliki kereta yang menjalar besar itu? Apa makna RM1,000 kepada mereka? Mereka bukan curi telur ayam, mereka bukan curi buah durian dari dusun Wak Toyo, mereka menceroboh Parlimen dan menyerang seorang Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen itu seorang lelaki tua OKU pula! Parlimen ialah lambang kemurnian demokrasi negara dan orang-orang itu dengan gaya dan lagak seperti penyamun dan samseng melakukan sesuka hati di bangunan itu dan sewajarnya mereka dikenakan hukuman yang paling berat!

RM1,000....RM1,000, sungguh memalukan!! Satu hukuman yang terlalu amat ringan untuk satu kesalahan yang sangat besar!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.