Friday, June 19, 2009

Fatwa Baru TPM: Undi BN Masuk Syurga!!


Laporan BERNAMA dari Kuala Kerai menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata undi BN pun boleh masuk syurga juga. Seterusnya beliau dilaporkan berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara ini masuk syurga. Beliau juga berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran juga berkata, apa yang membezakan BN dan Pas cuma BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara, manakala Pas tidak mampu melakukannya. Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat berbanding Pas.
Justeru beliau meminta penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

Saya perhatikan ada 4 intipati ucapan Muhyiddin yang penting sebagaimana yang dilaporkan BERNAMA:

i) Undi BN boleh masuk syurga

ii) Undi PAS boleh masuk syurga

iii) BN mampu membangunkan negara

iv) PAS tidak mampu membangunkan negara

Saya tidak ingin mengulas kemasukan manusia ke syurga kerana ia adalah urusan Allah. Cuma saya tertanya-tanya akan ke syurgakah kita, jika menyokong sesuatu parti yang polisinya sejak setengah abad dahulu tidak pernah menampakkan kesungguhan untuk memperjuangkan hukum hakam Islam, kecuali yang hanya bersifat kosmetik? Satu lagi jika kita menyokong calon BN yang bukan Islam dari sebuah parti yang kadang-kadang memperlekehkan Islam, adakah kita juga akan masuksyurga? Saya hanya bertanya dan saya tidak layak menjawab soal syurga neraka ini kerana ia hanya layak dijawab oleh mereka yang tinggi ilmu agamanya, termasuk ustaz Muhyiddin Yassin yang baru memberi 'fatwa'nya undi BN boleh masuk syurga itu.

Mengenai kenyataaan Ustaz Muhyiddin undi PAS pun boleh masuk syurga, kenyataan itu nampak berbeza dari pemimpin-pemimpin UMNO sebelumnya yang seringkali menempelak sesiapa saja yang pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Namun hari ini Ustaz Muhyiddin telah memberi pengiktirafan yang jelas kepada PAS: Undi PAS boleh masuk syurga.

Berkaitan kenyataan Ustaz Muhyiddin bahawa BN mampu membangunkan negara, tetapi PAS tidak mampu melakukannya, ia suatu kenyataan yang agak melucukan. Memang benar BN mampu membangunkan negara kerana ia mendapat majoriti di Parlimen. Memang benar PAS tidak mampu membangunkan negara kerana ia bukan parti yang menguasai Parlimen. Tetapi jika BN hendak melihat PAS membangunkan negara, semua ahli Parlimen UMNO perlu mengisi borang permohonan memasuki PAS atau biarkan sahaja BN tewas dalam PRU ke-13 untuk melihat keupayaan parti lain membangunkan negara dengan lebih hebat lagi . Selagi perkara itu tidak berlaku Ustaz Muhyiddin tidak perlulah keluarkan kenyataan yang hanya menampakkan ketidak cerdikannya sebagai TPM 1Malaysia.

- pendikar gunung kriang

6 comments:

semutapi said...

ha...ha...ha...Muhyiddin dapat fatwa yang diperolehi dari Mufti Umno Perak tu kot? Apa nama tok mufti tu...karutsani..harussani?

Anonymous said...

Hujjah macam itu dulu laku di Johor.
Tapi sekarang tidak laku lagi.
Rakyat sudah semakin berilmu, nampak sangat menteri tidak.

senjakala said...

satu lg entry kurang cerdik dari penulis blog..ataupun dlm bahase mudahnye BODOH!!!!kalu nak tau ape yg aku mksudkn bodoh,reply lah komen aku.

Anonymous said...

Marah benar nampaknya senjakala nie. Patut pun namanya senja, sentiasa dalam kegelapan....

penulis blog tak yah jawablah....kalu jawab nampak bodoh dan gelap macam si-senjakala tu juga. He...he...he....

Anonymous said...

tu la sikap pembangkang,suke menimbulkan provokasi dan menyalahkan org lain ats provokasi yg dilakukan.kalau berani dan benar jwb la senjakala tu.

Anonymous said...

ko ni faham bahasa melayu ke x???
pesal la pmbangkang suke putar belit kenyataan.
baca betol2 dlu baru komen.
jangan jd bodoh.
bangang btol la.memalukan masyarakat ISlam je.jangan kongkongkan n sempitkan fikiran dengan satu parti politik je. selidik n kaji dulu.
jangan la igt nk tunjuk baik...
FIKIR2 KAN.
x lama lagi kedah jd negeri BABI.
baik ke pemimpin camtu????
mane janji2 dalam manifesto????
ko klu x tau jgn ckp.
all the politicians are same....
cakap x serupa bikin.
sebelum dapat mmg ar janji mcm2

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.