Thursday, June 11, 2009

Haji Hadi Tak Pernah Sebut Pun Kerajaan Perpaduan Yang Kita Dok Berpolemik Pasai Apa?


ALOR SETAR 10 Jun – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu ghairah dengan cadangan kerajaan perpaduan sehingga terkeliru dengan maksud Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak.

Katanya, sepanjang pengetahuan beliau yang menghadiri Muktamar Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi tidak pernah menyebut mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, beliau sendiri belum pasti mengenai maksud sebenar Presiden Pas itu dan akan mendapatkan penjelasan mengenainya pada mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur, esok.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terburu-buru menyatakan pandangan sementara mendapat butiran yang jelas mengenai maksud Abdul Hadi.

“Presiden kata bahawa Pas sentiasa sedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Kita berunding dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dulu dengan UMNO. Tapi bentuk kerajaan perpaduan ke, tak perpaduan ke saya tak tahulah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

(Sumber: KedahLaNie)

.................................................................................................

pendikar gunung kriang:

Jadi TG Haji Hadi tak pernah sebut dalam Muktamar Pas mengenai kerajaan perpaduanlah ya? Jadi selama ini pihak medialah yang sengaja gatal-gatal tangan tulis TG Hadi menyebut mengenai kerajaan perpaduan itu? Jadi selama ini yang kita dok berpolemik sakan bincang pasal kerajaan perpaduan sebenarnya cuma hasil mainan isu yang disensasikan oleh media pro-BN lah ya?

Yang herannya ialah mengapa kepimpinan tertinggi Pas yang dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai kerajaan perpaduan itu membisu seribu bahasa melihat penyokongnya bertelagah berbincang mengenai isu yang kata DS Azizan tak pernah wujud itu? Tak kan pula tektik nak test market kot?

Apa pun kepada penyokong Pas dan PR tunggu sajalah perkembangan selanjutnya kerana mungkin ada kenyataan rasmi mengenai isu itu selepas mesyuarat PAS hari ini.

1 comment:

tok_gajah said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.