Tuesday, June 16, 2009

Ikhlaskah Pujian Najib Terhadap PAS Ni?


Datuk Seri Najib berkata beliau melihat Pas ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apaapa cadangan yang dikemukakan oleh Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menterimenteri Pelajaran Negaranegara Komanwel ke17 (CCEM) di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara keduadua parti itu."Kita kena risikrisik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risikrisik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

(Sumber: star online)

pendikar gunung kriang: Najib puji PAS yang katanya ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan (UG). Sebenarnya perlu dibuat sedikit pembetulan terhadap kenyataan Najib mengenai UG itu kerana ia bukan cadangan PAS, tetapi cadangan segelintir pemimpin PAS. Cadangan segelintir pemimpin tidak sama dengan cadangan parti kerana cadangan parti perlu direstui majoriti suara ahli.

Najib puji PAS ikhlas. Masalahnya ikhlaskah pujian Najib itu atau ada udang di balik mee segera yang akan dihidangkan di Manek Urai?

1 comment:

abukhuzaifah said...

mana bole pecaya org munafik!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.