Tuesday, June 2, 2009

Jika Itu Terjadi, Jawatan Sultan, MB dan Exco Perlu Giganti


Pasti antara berita yang paling panas selepas runtuhnya Jaya Supermarket di PJ tempoh hari ialah keruntuhan 70% dari binaan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pagi tadi. Yang peliknya bangunan bernilai RM280 juta yang terletak di Kompleks Sukan Gong Badak itu baru setahun digunakan.

Runtuhan bumbung itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu rosak teruk. Mujurlah runtuhan tidak berlaku ketika ada aktiviti di dalamnya, jika tidak, tentu ramai yang terkorban. Lebih teruk jika ia runtuh ketika Sultan Mizan, Menteri Besar Ahmad Said dan Exco-Exco kerajaan negeri Terengganu berada di dalamnya. Jika ketika itu Sultan, Menteri Besar dan Exco-Exco berada di da lamnya banyaklah jawatan kosong perlu diganti. Yang Di Pertuan Agong baru , Menteri Besar baru dan Exco baru perlu dilantik. Pilihanraya kecil pula perlu diadakan di beberapa kawasan DUN bagi menggantikan kekosongan jawatan ADUN yang meninggal dunia.

Aduh, banyak kerja perlu dibuat jika keruntuhan mengorbankan ramai tokoh-tokoh terkenal negeri Terengganu. Tapi Allah Maha Berkuasa dan perkara itu tidak berlaku. Tetapi kita yang masih hidup ini perlu menyiasat apa yang tidak kena dan apa yang silapnya hingga bangunan yang masih terlalu muda itu boleh runtuh? Dan jangan lupa: RM280 juta wang rakyat menyembah bumi!!
lOleh: pendikar gunung kriangl

1 comment:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

ITU YANG TERJADI BILA KERJA DIBUAT SAMBIL LEWA. NYAWA MANUSIA SEAKAN TIDAK BERHARGA.

SUDAH TENTU KONTRAKTORNYA PANAS PUNGGUNG SEKARANG NIH..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.