Tuesday, June 2, 2009

Jika Yang Runtuh Itu Stadium Sultan Muhammad & Stadium Batu Kawan.


Pagi tadi 70% dari bumbung bangunanB Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terngganu telah runtuh. Bayangkan jika yang runtuh pagi tadi itu ialah bumbung Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan atau Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang atau mana-mana stadium lain yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan negeri PR dan pembinaannya menggunakan peruntukan kerajaan negeri serta kontraktornya juga dilantik oleh Kerjaan Negeri PR. Bayangkan!

Jika itu berlaku, bayangkan apa menteri Kerja Raya kata, bayangkan apa Timbalan Perdana Menteri kata, bayangkan apa Perdana Menteri yang sedang berada di Beijing akan kata. Pasti semuanya akan meminta agensi-agensi berkenaan melakukan siasatan segera bagi mengkaji punca keruntuhan dan mengambil tindakan tegas terhadap semua mereka yang terbabit.

Bayangkan apa yang bakal SPRM lakukan. Jika runtuhan berlaku pada pukul 9.00, belum pukul 1.30 tengahari SPRM sudah buat kenyataan akan menyisat punca berlakunya keruntuhan dan mungkin dalam tempoh seminggu akan menyiapkan laporan. SPRM pasti akan begitu proaktif mengambil tindakan, tidak perlu ada arahan dari menteri, sebaliknya mereka sendiri akan menyiasat seperti kes lembu Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu. Pihak media pula akan mensensasikan berita itu, berwawancara dengan ramai orang yang semuanya berwajah dan bersuara marah-marah seperti kes kandang babi di Selangor dan Kedah dulu.

Tapi kes bimbung runtuh ini berlaku di Terengganu yang pemerintahannya diterajui BN. Maka tidak ramai yang memberi komen dan SPRM sendiri masih menjadi pemerhati tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan. Mungkin SPRM masih belum mengambil tindakan kerana belum menerima aduan daripada orang ramai mengenai runtuhan itu.
lOleh: pendikar gunung kriangl

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.