Sunday, June 14, 2009

Kediaman Mukhriz Bagai Mahligai Di Syorga Loka


Hampir terkeluar biji mata saya melihat betapa mewahnya kediaman orang kuat Umno merangkap putra negarawan terulung Malaysia yang bernama Mukhriz Tun Mahathir seperti yang tersiar dalam KedahLanie hari ini. Mujur juga cuma hampir terkeluar biji mata, tidak betul-betul keluar biji mata, jika tidak...aduhai...terpaksalah dapat rawatan di unit ENT (Ear, Nose & Throat) di hospital pula! Silap-silap jika betul-betul keluar dan tidak boleh guna lagi, kena cari penderma mata pula...semuanya Mukhriz punya pasal! Siapa suruh dia bina mahligai dengan kelelengkapan yang begitu ranggi dan hebat, hingga menyebabkan biji mata saya terkeluar kerana terlalu terpegun dengan kehebatan dan kemegahannya?

Hebat sungguh rumah orang kuat Umno itu, siap dengan dewan tari menari lagi. Alangkah bertuahnya Mukhriz dilahirkan sebagai anak pemimpin Umno yang berkuasa dan kini dia juga telah menjadi sebahagian dari pemimpin Umno yang berkuasa. Alangkah bertuahnya Mukhriz kerana menjadi orang berkuasa dalam sebuah parti bernama Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang Melayu yang kata mereka masih ketinggalan dari segi ekonomi, taraf sosial, pendidikan dan serba serbinya kurang dan kurang itu.

Sebab orang Melayu kurang dan kurang dalam pelbagai segilah maka kebanyakan Melayu masih tinggal di rumah yang kurang serba serbi, hanya ada bilik, set perabot dan TV yang ala-kadar saja. Malah ada yang segelintir masih tinggal di rumah yang senget dan robak robek di sana sini kerana terlalu miskin. Di rumah mereka ini rata-ratanya tidak mampu menyediakan landskap yang diperindah dengan pelbagai pokok merimbun, tidak ada kolam renang yang sentiasa biru airnya, tidak ada lampu begemerlapan yang diimport dari luar negara menerangi ruang tamu, dewan makan, dewan bonquet yang amat hebat dan jauh sekali sebuah dewan untuk tari menari.

Tapi siapalah kita berbanding Mukhriz, berbanding pemimpin-pemimpin parti yang sentiasa membela orang Melayu itu. Kita cuma rakyat marhaen yang tidak memegang kuasa dalam parti yang menjadi pembela Melayu, kita cuma rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang hendak makan malam pun tidak cukup. Biarlah mereka kaya raya tinggal dalam kediaman yang cantik dan tersergam indah, itu nasib mereka. Maklumlah mereka adalah pemimpin pembela rakyat, memang layak mereka tinggal dalam dunia yang penuh glamour, hebat dan megah. Kita rakyat biasa ini hanya boleh bermimpi untuk tinggal dalam mahligai semegah itu. Cukuplah kita seronok dan teruja apabila sekali sekala dapat bersalaman dan memegang tangan lembut pemimpin-pemimpin ini yang turun ke kampung berkain pelikat bila tiba saat pilihanraya kecil.....

- pendikar gunung kriang

11 comments:

Anonymous said...

apa salah nye?

Anonymous said...

dia layak...
sebab b4 dia jadi menteri dia byk buat bisnes... lgpun dia blajar tinggi2 takkan nak duduk tepi longkang... dia memimpin byk persatuan peniaga melayu hingga berjaya... antaranya persatuan francais yg menyaksikan kewujudan francais kepunyaan melayu seperti radix fried chicken kepunyaan HPA industries... beliau adalah watak penting yang membangunkan industri francais kita. selain itu msia dipandang mulia dgn pertubuhan NGO kemanusiaan yg hebat setanding dgn barat. yang mana merupakan antara NGO yang paling pantas tiba ketika gempa di pakistan. dia layak... dia sememangnya layak... bukan mcm sesetengah pihak tu... ngaji takat SPM mampu memiliki saham lebih separuh dalam IOI...

Anonymous said...

dah tengok rumah Tan Sri khalid? Anwar Ibrahim? n pemimpin politik yang lain? berat sebelah la lu bro...

Anonymous said...

jangan dengki apa yang orang ada. cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan ini

Pak Oncu said...

den pernah tengok Mukhriz makan tepi lokang,, tak kisah pun dia,,, !!!!!!! yang benar tetap benar,,,,,

semutapi said...

Apalah bro nie nak perli-perli pula pemimpin-pemimpin Melayu kita, tak patut betul! Mukhriz tu siapa, dia timbalan menteri, tak lama lagi jadi menteri, tak kan pula rumahnya macam kita-kita ni rakyat biasa kot. Sapa nak hormat kalu rumah pemimpin senget macam rumah kita rakyat biasa? Rumah Nabi dan para sahabat bolehlah gitu, mereka pemimpin Islam, ini Mukhriz pemimpin Melayu-mamak, kena ingat perbezaannya tu.

Janganlah pula banding rumah Mukhriz dengan rumah TG Nik Aziz dan rumah Ustaz Azizan, mereka cuma Menteri Besar yang jaga satu negeri, patut rumah pun lekeh saja, sedangkan Mukhriz timbalan menteri, mana setaraf? Lagi pun mereka (TG Nik Aziz & Ustaz Azizan) pemimpin Islam, mana layak dibandingkan dengan Mukhriz pemimpin Melayu-mamak. Bukankah itu dah jadi perangai Melayu-mamak yang suka menunjuk-nunjuk macam perempuan Melayu pergi kenduri yang pakai gelang setengah lengan walaupun ia cuma gelang yang dipinjam?

Lain kali sebelum tulis bro kena fikir dulu. Kena fikir budaya Melayu & mentaliti Melayu, jangan fikir seperti orang Islam yang mementingkan kesederhanaan itu.

Anonymous said...

nik aziz,haji hadi pun rumah diorang boleh tahan jugak besar,kereta 2,3 bijik jugak....lg pun ape nk pelik,mukhriz dulu pun bisnesman..kalau ko pergi bukit tunku pun berlambak rumah org melayu yg besar2..lg besar dr rumah ni pun ade..diorang berusah,berjaya..mcm kau ape ade,jd lembu mcm dicucuk hidung je,,lg bodoh ko dr lembu tu aku ingat...x payah la ko nak mempolitikkan menda2 mcm ni...

JAIRO said...

kalau dah dengki boleh la kata macam2 hehehehe

anak laut said...

biarlah dia kaya....tak salah dia kaya pun..

Anonymous said...

rumah nik aziz besar pala otak ko!
bagai langit dan bumi jika nak beze dg rumah mahathir ni. yerlah, sebulan masuk juta2.. bertuahlah sapa jadi pemimpin umno ni.kebas duit rakyat, hanya rakyat yg bodoh duk sokong. bdoh macam kayu

Anonymous said...

itu rezeki namanya... xkan nak dok rumah setinggan.. bodoh mcm kayu... kayu pun xbodoh mcm ko... tempat aku pemimpin PAS kebas duit rakyat... berkopiah2 ha... giler kentang...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.